Dengan hormat sukacitanya dimaklumkan
bahawa Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama akan mengadakan Kursus
Asas Haji (KAH) Tahun 1441H sebanyak 6 (enam) sesi bermula jam 8.00 pagi hingga
10.00 pagi sebagaimana keterangan berikut:
Tarikh:
22hb, 24hb, 29hb November 2019M,
05hb, 12hb, 19hb Januari 2020M
Tempat Kursus:-
Daerah Brunei dan Muara
• Masjid
Sufri Bolkiah, Berakas;
• Masjid
Sultan Sharif Ali, Sengkurong;
• Masjid
Hassanal Bolkiah, Kampong Perpindahan Mentiri dan
• Masjid
Muhammad Bolkiah, Kampong Serusop
Daerah Belait
• Masjid
Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait
Derah Tutong
• Masjid
Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong
Daerah Temburong
• Masjid
Utama Muhammad Salleh, Pekan Temburong.
Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah
dialu-alukan hadir untuk mengikuti Kursus tersebut pada tarikh dan tempat yang
dinyatakan di atas.