بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian
Islam sukacita memaklumkan bahawa pendaftaran bagi menduduki
peperiksaan-peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB), Sijil Tinggi
Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) dan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU)
bagi tahun 1443H / 2022M akan dibuka mulai hari Isnin, 04 Syaaban 1443H
bersamaan 07 Mac 2022M hingga hari Sabtu, 21 Ramadan 1443H bersamaan dengan 23
April 2022M.
Sehubungan dengan itu, sukacita
dimaklumkan kepada pengetua-pengetua sekolah menengah Arab, Institut Tahfiz
Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah serta calon-calon persendirian yang
berkeinginan untuk menduduki peperiksaan SPUB, STPUB dan SSSRU bagi tahun 2022
supaya akan dapat mengambil borang-borang pendaftaran di pejabat Bahagian
Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam bertempat di lantai bawah bangunan
Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Berakas semasa waktu pejabat.