Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
BORANG PENYERTAAN MUSABAQAH MENGHAFAZ AL-QURAN BERSERTA PEMAHAMANNYA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1439 HIJRAH

Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama akan menganjurkan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 1439 Hijrah.

Ini adalah merupakan salah satu projek tahunan Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi menyemarakkan Hari-Hari Kebesaran Islam dan merupakan pengisian dalam aturcara Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara yang diadakan setiap Tahun.

Penyertaan Musabaqah tersebut dibukakan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap yang berugama Islam dan setiap penyertaan hanya boleh mengikut satu Kategori musabaqah sahaja dengan mengikut syarat-syarat bagi setiap Kategori.

Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Kebangsaan Tahun 1439 Hijrah akan mempertandingkan sebanyak 5 kategori iaitu Kategori A,B,C,D dan E sebagaimana berikut:-

Kategori 'A'Terbuka kepada peserta yang berumur 11 tahun ke bawah yang lahir pada  01 Jun 2006 dan selepasnya; dan tidak pernah menjadi johan dalam Kategori 'A' sebanyak 2 kali berturut-turut.

Menghafaz Surah-Surah Pilihan dari Juz 30 iaitu:-

Surah Al-Buruuj, Surah Ath-Thariq, Surah Al-A'laa, Surah Al-Ghasyiyah, Surah Al-Balad, Surah Asy-Syams, Surah Al-Lail, Kompilasi Surah-Surah Lazim bermula dari Surah Adh-Dhuha hingga Surah An-Naas berserta Pemahaman Surah Al- Muthafifiin, Surah Al-Insyiqaaq dab surah At-Tin.

Kategori 'B'Terbuka kepada murid-murid berumur 17 tahun kebawah yang lahir pada 01 Jun 2000 dan selepasnya; dan tidak pernah menjadi johan dalam Kategori 'B' sebanyak 2 kali berturut-turut; dan bukan terdiri dari penuntut Institut Tahfiz Al-Quran dalam dan luar negara.

Menghafaz Surah-Surah Pilihan iaitu:-

Surah Luqman, Surah As-Sajdah, Surah Yaasin, Surah Ar-Rahmaan, Surah Al-Waqi'ah, Surah Al-Mulk dan Surah Al-Insaan berserta Pemahaman Surah Al-Kahfi dan Surah Luqman.

Kategori 'C' - Terbuka kepada semua peringkat umur; dan tidak pernah menerima Elaun Ujian Tasmie' Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam Dalam Kategori 10,20 dan 30 Juz sejak tahun 2010; serta tidak pernah menjadi johan dalam Kategori 'C' pada tahun sebelumnya.

Menghafaz 3 Juz Al-Quran iaitu dari Juz 1 hingga Juz 3 berserta Pemahaman Juz 2.

Kategori 'D' - Terbuka kepada semua peringkat umur; dan tidak pernah menjadi johan dalam Kategori 'D' sebanyak 2 kali berturut-turut; serta tidak pernah menerima Elaun Ujian Tasmie' Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam dalam Kategori 30 juz.

Menghafaz 15 Juz Al-Quran iaitu daripada Juz 1 hingga Juz 15 berserta Pemahaman Juz 12.

Kategori 'E' - Terbuka kepada semua peringkat umur; dan tidak pernah menjadi johan 3 tahun berturut-turut dalam Kategori menghafaz 30 juz, dan hanya boleh menyertai musabaqah semula iaitu selepas 2 tahun kemudian musabaqah diadakan.

Menghafaz 30 Juz Al-Quran iaitu dari Juz 1 hingga Juz 30 berserta Pemahaman Juz 23.

Borang Penyertaan tersebut bolehlah diperolehi dari Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Blok 2H Tingkat 8, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan, BA1311, Negara Brunei Darussalam.

Borang penyertaan tersebut hendaklah disahkan dengan tandatangan dan cop bagi pihak-pihak yang berkenaan dalam borang pemohon.

Tarikh tutup mengembalikan borang penyertaan ialah pada Hari Khamis, 30 Disember 2017M, jam 4.00 petang di Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Blok 2H Tingkat 8, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan, BA1311, Negara Brunei Darussalam.

Bagi sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut bolehlah menghubungi Urusetia Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Kebangsaan Tahun 1439 Hijrah, Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama  melalui telefon 2233364 dan 2233365 atau melalui fax: 2237510 atau memuatturun dari laman weblog: www.pppq-mabims.blogspot.com.

 


Attachments
Created at 25/9/2017 3:57 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 2/1/2018 7:52 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK