Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYAMPAIAN AGIHAN ZAKAT KEPADA MANGSA-MANGSA KEBAKARAN RUMAH DAN RUMAH ROBOH

Berakas, Isnin , 04 Februari 2019, Dalam usaha meringankan bebanan mangsa-mangsa kebakaran dan rumah roboh baru-baru ini, Majlis Ugama Islam telah menyerahkan Agihan Wang Zakat kepada mangsa-mangsa kebakaran rumah di Kampung Bolkiah A, RPN Kg Meragang dan rumah roboh di Kampong Pekan Lama. Majlis penyerahan diadakan di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan Baru, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis.


Wang Agihan Zakat disampaikan oleh Yang Mulia, Awang Haji Abdul Aziz bin Hj Akop, Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam, Negara Brunei Darussalam.

Di majlis tersebut, Agihan Zakat dalam bentuk kewangan berjumlah $2,600.00 diserahkan kepada mangsa-mangsa kebakaran.

Mangsa kebakaran di Kampong Bolkiah A iaitu Awang Hj Md Yusof bin Hj Mursidi dan isteri serta 3 orang anaknya menerima sebanyak sebanyak $1,000 ($200.00 bagi setiap seorang); diikuti dengan Mangsa kebakaran di RPN Kg Meragang iaitu Awang Hj Abu Bakar bin Hj Abd Wahab dan isteri serta 2 orang cucunya menerima sebanyak $800.00 ($200.00 bagi setiap seorang) serta 2 buah peralatan sekolah (untuk cucunya yang bersekolah rendah), masing-masing seperti berikut, Siti Nurul Maskerina binti Abu Bakar (anak) menerima $200.00; Siti Nurul Maskamila binti Abu Bakar (anak) menerima $200.00; Siti Nurul Mas Kertini binti Abu Bakar (anak) menerima $200.00 dan Siti Nurul Maskhqairani binti Abu Bakar (anak) menerima $200.00 dan peralatan sekolah.

Manakala Agihan Zakat berjumlah sebanyak $800.00 bagi mangsa rumah roboh di Kampong Pekan Lama diserahkan kepada Awang Md Nur Faidhi bin Omar dan isteri serta 2 orang anaknya menerima sebanyak sebanyak $800.00 ($200.00 bagi setiap seorang).

Kesemua wang tunai yang berjumlah $3,200.00 (Tiga Ribu Dua Ratus Ringgit Sahaja) ini di ambil dari peruntukan Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin.

Adalah diharapkan semoga dengan adanya agihan zakat ini akan dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh mangsa dan dengan harapan semoga mereka lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada dalam menjaga keselamatan ahli keluarga daripada ditimpa musibah sebegini.



Attachments