Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS BERTAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA BAGI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN DAN AL-MARHUMAH DULI RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK DAMIT BAGI TAHUN 1440 HIJRAH

Bandar Seri Begawan, Sabtu, 13hb April 2019–Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengadakan Majlis Bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Hadir di majlis pada petang ini ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.

Bacaan Surah Yaasin beramai-ramai bagi majlis ini dipimpin oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustafa bin Haji Murat, Pegawai Masjid, Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah diikuti dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah.

Seramai lebih 200 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama menghadiri majlis ini. Majlis bertahlil ini merupakan sebahagian daripada kegiatan-kegiatan keagamaan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Turut hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Dr. Haji Adanan bin Haji Basar, Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dan Yang Mulia Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama.


Attachments