Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN DERMA TABUNG KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTIN DARIPADA YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

Bandar Seri Begawan, Selasa, 4 Jun 2019

Atas dasar persaudaraan dan kemanusiaan, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA) mengadakan kutipan sumbangan Tabung Kemanusiaan bagi Pelarian Palestin sepanjang bulan Ramadhan tahun 1440 Hijrah.

Tabung Kemanusiaan tersebut akan mengumpulkan sumbangan berbentuk kewangan daripada rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam dan disalurkan kepada UNRWA bagi membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh pelarian Palestin.

Sebagai keprihatinan dalam membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh pelarian Palestin, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada hari Selasa, 29 Ramadhan 1440 bersamaan 4 Jun 2019 menyumbangkan sumbangan kewangan sebanyak BND50,000.00 kepada tabung berkenaan.


Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Meneliti Bantuan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kepada Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman. 

Hadir sama di Majlis Penyampaian ini ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Yang Mulia Dato Paduka Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.


Attachments