Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

HASIL RUKYAH AWAL BULAN SYAWAL 1440 HIJRAH

Berakas, Selasa, 04 Jun 2019M-Umat Islam di Negara Brunei Darussalam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Khamis, 01 Syawal 1440H bersamaan 06 Jun 2019M. Perkara tersebut telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Brunei setelah mendapat kurnia perkenan Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa persidangan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Menteri Hal Ehwal Ugama, Tingkat 5, Bangunan Tambahan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Turut sama hadir di persidangan tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md Isham bin Jaafar; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar; Ketua Hakim Syar'ie, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin; Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Yang Mulia Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama. Hakim-Hakim Syar'ie dan pegawai-pegawai Mahkamah-Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri; pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama dan pegawai-pegawai dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan telah berada di lima lokasi yang telah ditetapkan untuk merukyah (melihat anak bulan Syawal 1440 Hijrah).

Lokasi tersebut ialah Menara DST, Bangunan DST Headquarters, Lebuhraya Tungku, Daerah Brunei dan Muara; Bukit Agok, Jerudong, Daerah Brunei dan Muara; Tanjung Batu, Pekan Muara, Daerah Brunei dan Muara; Bukit Lumut, Daerah Belait dan Bukit Amboq, Daerah Tutong.

Hadir sama di Menara DST, Bangunan DST Headquarters, Bukit Agok Jerudong, Tanjung Batu Pekan Muara, Daerah Brunei dan Muara Bukit Lumut Daerah Belait dan Bukit Amboq Daerah Tutong ialah Hakim-Hakim Syar'ie dan pegawai-pegawai Mahkamah-Mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri; pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama dan pegawai-pegawai dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan.

Berikutan dengan itu, pengumuman satu Syawal bagi tahun 1440 Hijrah telah disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei sebaik-baik sahaja hasil rukyah pada petang tadi diumumkan. Terdahulu Majlis Keagamaan Bagi Menunggu Hasil Merukyah Anak Bulan Syawal 1440 Hijrah telah diadakan di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Berakas, Negara Brunei Darussalam.

Acara Keagamaan Bagi Menunggu Hasil Usaha Rukyah Awal Bulan Syawal 1440 Hijrah dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Yang Mulia Awang Adi Muayyad bin Azrol.

Majlis diteruskan dengan Bacaan Selawat Tafrijiyyah dan Sayyidul Istighfar beramai-ramai. Acara diikuti dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dimamkan oleh Yang Mulia Awang Haji Abd Malik bin Haji Jumaat; Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Perpindahan Lambak Kanan dan Mu’azzin Magrib dikumandangkan oleh Yang Mulia Haji Mohammad Sidek bin Haji Abd. Karim; Bilal Masjid Kampong Lambak Berakas.

Attachments