Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENUTUP KURSUS INTENSIF HAJI DAN DOA KESYUKURAN BAGI BAKAL HAJI MUALLAF MUSIM HAJI 1440/2019

PULAIE, Rabu, 10hb Julai 2019M-Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Pembangunan Muallaf [Tarbiyah Muallaf] telah mengadakan Majlis Penutup Intensif Haji dan diselajurkan dengan Majlis Doa Kesyukuran Bagi Bakal Haji Muallaf Musim Haji 1440/2019. Majlis berlangsung di Bangunan Darul Huda, Pusat Da’wah Islamiah di Kampong Pulaie.

Hadir selaku tetamu kehormat, Yang Mulia Awang Haji Abd Rajid bin Haji Mohd Salleh, Pengarah Pusat Da’wah Islamiah.

Pada majlis itu, tetamu kehormat majlis Yang Mulia Awang Haji Abd Rajid menyampaikan sijil tamat kursus kepada 10 peserta Kursus Intensif Haji tahun ini terdiri daripada lima lelaki dan lima perempuan di mana dari jumlah tersebut, enam darinya dari Daerah Brunei dan Muara, tiga dari Daerah Tutong dan seorang dari Daerah Belait.



Attachments