Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

TIGA BUAH RESTORAN GAGAL MEMATUHI UNDANG-UNDANG PERINTAH SIJIL HALAL DAN PERMIT HALAL, 2005

Bandar Seri Begawan, Jumaat, 29hb. Jamadilakhir 1442H bersamaan 12hb. Februari 2021M–Tiga (03) buah restoran didapati telah gagal untuk membuat permohonan Sijil Halal ketika operasi dijalankan di kawasan Bandar Seri Begawan pada 11 Februari 2021.

Operasi tersebut merupakan susulan daripada operasi yang telah dijalankan sebelum ini pada 30 Julai 2020 di mana empat puluh tiga (43) buah restoran telah dikeluarkan Notis Arahan untuk membuat permohonan Sijil Halal dalam tempoh enam (06) bulan setelah tamat tempoh tersebut, 14 buah restoran didapati masih gagal membuat permohonan dan telah diberikan surat amaran sebagai Peringatan Terakhir bagi membuat permohonan dalam tempoh tujuh (07) hari.

Walau bagaimanapun, ketika operasi dijalankan pada 11 Februari 2021, tiga (03) buah restoran didapati masih gagal membuat permohonan Sijil Halal setelah didapati beroperasi lebih dari enam (06) bulan. Kegagalan premis-premis ini membuat permohonan adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Bab 4 (1), Perintah Sijil Halal Dan Label Halal, 2005 yang menghendaki bagi mana-mana orang yang memiliki suatu perniagaan menyediakan makanan di Negara Brunei Darussalam untuk membuat permohonan untuk mendapatkan Sijil Halal.

Kementerian Hal Ehwal Ugama ingin menekankan dan mengingatkan kepada pengusaha-pengusaha makanan di Negara ini bahawa permohonan untuk mendapatkan Sijil Halal atau Permit Halal adalah mandatori seperti yang diperuntukkan di bawah Bab 4 (1) dan Bab 10 (1) (a), Perintah Sijil Halal Dan Label Halal, 2005. Kegagalan membuat permohonan adalah menjadi kesalahan dan jika sabit boleh dikenakan denda sehingga $8,000 atau/dan penjara sehingga 2 tahun menurut Bab 4 (5) dan Bab 10 (6), Perintah Sijil Halal Dan Label Halal (Pindaan), 2017.

Attachments