Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

PENYAMPAIAN SIJIL BENGKEL KAIFIAT KETIKA MENJADI MU’AZZIN D & MENGIMAM BAGI PEGAWAI-PEGAWAI MASJID DAERAH BELAIT TAHUN 1443H/2022M

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Belait, Rabu, 10 Syawal 1443H bersamaan dengan 11 Mei 2022M–Bagi memberikan peluang kepada para pegawai masjid untuk menambah luaskan pengetahuan dalam hal ehwal berkaitan dengan tugas imam dan bilal, Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Belait dengan kerjasama ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait telah mengadakan Bengkel Kaifiat Ketika Menjadi Mu’azzin & Mengimam bagi Pegawai-pegawai Masjid Daerah Belait. Acara berlangsung di masjid berkenaan.

Antara pengisian bengkel yang diadakan selama sehari tersebut ialah membetulkan sebutan huruf, Mengenalkan kaifiat yang sempurna dan disertai dengan tunjuk caranya. Bengkel berkenaan dikendalikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Haji Haslan bin Haji Shahbudin.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan sijil pada para peserta ialah Yang Mulia Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada pegawai-pegawai masjid mendalami ilmu kaifiyat menjadi Mu’azzin dan Imam. Selain itu untuk melahirkan pegawai masjid yang boleh menjadi contoh kepada jemaah sekaligus dapat melahirkan kebolehpercayaan kepada pihak Jabatan dan Kementerian.

Semoga dengan adanya bengkel seumpama ini diharapkan akan dapat memberi ilmu pengetahuan yang berguna kepada pegawai-pegawai masjid khusus dalam mereka menjalankan tugas di masjid-masjid.


 

 

Attachments