بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Belait, Khamis, 11 Syawal 1443H bersamaan
dengan 12 Mei 2022M–Dalam meraikan keberkatan dan kemeriahan
Aidil Fitri, Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid berkerjasama
dengan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Sungai Liang, Daerah Belait
telah melaksanakan program keugamaan bagi para tenaga pembimbing Kelas
Bimbingan Muslimah seluruh negara. Program tersebut diadakan di masjid
berkenaan.
Program tersebut bermatlamat agar para
tenaga pembimbing dari setiap daerah akan bersuai kenal dan bermesra serta
dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim kalangan mereka.
Program tersebut diisikan dengan bacaan
al-Quran secara murattal diikuti dengan tadabbur al-Quran. Seterusnya bacaan
Selawat Ibrahimiyah beramai-ramai dan persembahan nasyid bertajuk Suara Takbir.
Acara diteruskan lagi dengan bacaan
Selawat Tafrijiyah beramai-ramai diikuti dengan persembahan puisi yang bertajuk
Keyakinanku dan diakhiri dengan bacaan Selawat Badriyah. Untuk memberkati
majlis Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam
telah dibacakan oleh Pegawai Masjid, Masjid Kampong Sungai Liang, Daerah
Belait.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada acara
tersebut ialah Yang Mulia Datin Hajah Nahriah Binti Haji Awang Asbi Isteri
Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Antara tujuan program tersebut
dilaksanakan ialah untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam
menyampaikan lagu-lagu dakwah dan bacaan puisi Islam. Disamping memberi peluang
kepada para tenaga pembimbing untuk berpartisipasi dalam program keugamaan.
Acara ini juga dihasrat dapat menyemai rasa kasih sayang dan mesra kalangan
tenaga pembimbing dan seterusnya akan dapat menyatukan hati sesama mereka dan
mengeratkan silaturrahim.
Semoga dengan adanya program seumpama ini
akan dapat memberi manfaat dan mengeratkan silaturrahim kalangan tenaga
pembimbing sehingga dapat menyatupadukan kalangan mereka dengan lebih erat dan
mesra.


