Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MUSABAQAH MEMBACA AL-QURAN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT SEPARUH AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1444 HIJRAH / 2023 MASIHI BAGI HARI KETIGA

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

BERAKAS, Rabu, 28 Rabiulakhir 1444H bersamaan 23 November 2022M-Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1444H / 2023M kelolaan Kementerian Hal Ehwal Ugama diteruskan lagi hari ini, bagi hari ketiga dan terakhir Musabaqah bertempat di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Hadir selaku Tetamu Khas di sebelah pagi tadi ialah Yang Mulia Awang Haji Hardifadhilah bin Haji Mohd Salleh, Pengarah Unit Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.


Di sebelah pagi, seramai sebelas (11) orang peserta memperdengarkan bacaan masing-masing terdiri daripada sembilan (9) orang Qari dan dua (2) Qariah.  Peserta-peserta tersebut ialah Dayang Hajah Norlaila binti Haji Metussin, membaca ayat 70, surah An-Nahl, dengan lagu wajib Jiharkah; Awang Abdul Qaiyum bin Haji Metussin, membaca ayat 77, surah An-Nahl, dengan lagu wajib Shoba; Awangku Md Ammarrul Amysar bin Pengiran Haji Marjuki, membaca ayat 84, surah An-Nahl, dengan lagu wajib Sikah; Awang Muhammad Nur Asymawi bin Awang Asli, membaca ayat 90, surah An-Nahl, dengan lagu wajib Shoba; Dayang Nur Rodaah binti Haji Asmat, membaca ayat 96, surah An-Nahl, dengan lagu wajib Sikah; Awangku Adi Nazri bin Pengiran Haji Jofri, membaca ayat 103, surah An-Nahl, dengan lagu wajib Sikah; Awang Haji Md Asri bin Haji Timbang, membaca ayat 111, surah An-Nahl, dengan lagu wajib Jiharkah; Awang Mohamad Adham bin Hashim, membaca ayat 118, surah An-Nahl, dengan lagu wajib Shoba; Pengiran Muhammad Hafizul Ilmi bin Pengiran Haji Marjuki, membaca ayat 1, surah Al-Hajr, dengan lagu wajib Shoba; Awang Abdurrahman bin Haji Mohammad Azmi, ayat 16, surah Al Hajr, dengan lagu wajib Shoba; dan Awang Abdul Qayyuum bin Haji Aminnuddin, membaca ayat 28, surah Al-Hajr, dengan lagu wajib Jiharkah

Sementara itu, Musabaqah diteruskan lagi pada sebelah petang tadi dengan kehadiran Tetamu Khas, Yang Mulia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gemok, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.


Seramai empat (4) orang peserta iaitu tiga (3) orang Qari dan seorang (1) Qariah memperdengarkan bacaan mereka pada sesi sebelah petang Musabaqah, iaitu Dayang Nurul Sakinah binti Siman, membaca ayat 45, surah Al-Hajr, dengan lagu wajib Jiharkah; Awang Haji Nasrul Fakhri bin Haji Yahya, membaca ayat 61, surah Al-Hajr, dengan lagu wajib Jiharkah; Awang Hazwan Hamizan bin Haji Haminuddin, membaca ayat 1, surah An-Nahl dengan lagu wajib Jiharkah; Awang Md Rizmee Saufi Shahadat bin Abdulmuizzul Azmi, membaca ayat 10, surah An-Nahl, dengan lagu wajib Sikah.

Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1444H/2023M telah diadakan selama tiga (3) hari berturut-turut bermula hari Isnin, 21 November 2022M.  Manakala majlis Pengumum Keputusan dan Penyampaian Hadiah akan berlangsung esok, hari Khamis petang, 24 November 2022M di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Persidangan, Berakas.

Orang ramai bolehlah mengikuti Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1444H/2023M secara langsung melalui Instagram rasmi Kementerian Hal Ehwal Ugama @kheu.brunei.   

 

 

 

 

 


Attachments