Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS MEMBACA YASIN DAN TAHLIL DIKUBAH MAKAM DI RAJA SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-32

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Bandar Seri Begawan, Rabu, 24 Safar 1444H bersamaan 21 September 2022M–Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman serta Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah bertempat di Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan, bersempena dengan Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-32 Tahun 2022.

Hadir sama di majlis pada petang tadi,  Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.


Bacaan Surah Yaasin beramai-ramai dipimpin oleh Yang Mulia Awang Zulkifli bin Haji Murat, Pegawai Hal Ehwal Masjid Tingkat Khas, Kementerian Hal Ehwal Ugama diikuti dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah.

Seramai 300 orang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai termasuk guru-guru dari institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama menghadiri Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil tersebut.

Turut hadir Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama;  Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan;   Raes Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan;  Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama serta Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian dari kedua-dua buah kementerian berkenaan.




Attachments