Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PELANCARAN PERKHIDMATAN SMS TABUNG DANA BAGI PEMBINAAN MASJID NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TAHUN 1439H/2017M

Bandar Seri Begawan, Rabu, 06 Disember 2017 – Orang ramai sekali lagi berpeluang untuk menyumbang ke Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam iaitu melalui perkhidmatan SMS selama 45 hari bermula pada hari ini Khamis, 06hb Disember 2017M sehingga 19hb Januari 2018M. Sumbangan seangkat-angkat hati boleh diberikan melalui perkhidmatan SMS dengan menaip MASJID dengan diikuti 1 atau 5 atau 10 atau 20 tanpa jarak dan hantar ke talian 38111 bagi pengguna DST dan PCSB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyempurnakan Pelancaran  Perkhidmatan SMS Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.


Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.menyempurnakan Pelancaran  Perkhidmatan SMS Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid

Mengiringi Tetamu Kehormat Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama bagi pelancaran perkhidmatan SMS Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid, Negara Brunei Darussalam daripada Syarikat DST, Yang Mulia Awang Radin Sufri bin Radin Basiuni, Penolong Pengurus Am Perhubungan Korporat DST. Manakala dari Progresif Cellular Sdn. Bhd. pula ialah Yang Mulia Awang Edzwan Zukri bin Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adnan, Ahli Lembaga Pengarah Progresif.

Penubuhan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid, Negara Brunei Darussalam adalah dihasratkan menjadi wadah kekal bagi orang-orang Islam untuk menabung pahala melalui membina masjid, sekaligus sebagai satu peluang keemasan untuk bertanam saham di akhirat. Pelancaran tersebut adalah memberi peluang umat Islam di Negara ini menginfaqkan (membelanjakan) harta yang dimilikinya dengan niat sebagai ibadah dan melipatgandakan amal kebajikan mereka semata-mata bagi meraih ganjaran pahala yang di janjikan Allah Subhanahu Wata’ala kepada orang-orang yang membina masjid.

Sehingga ke bulan Oktober 2017, secara keseluruhannya sebanyak BND$7,061,220.19 telah berjaya di kutip bagi Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid, Negara Brunei Darussalam. Projek pertama yang sedang dijalankan menggunakan peruntukan kewangan Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid, Negara Brunei Darussalam ialah pembinaan Masjid Kampong Tanjung Bunut, Daerah Brunei dan Muara, dengan kos pembinaan sebanyak BND$3.5 juta.

Kemajuan yang dicapai adalah merupakan sambutan, komitmen dan sumbangan seangkat-hati orang ramai dan penjawat awam terhadap Tabung Dana ini dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala jua.

Terdahulu dari penyempurnaan Pelancaran Perkhidmatan SMS, telah dipersembahkan tayangan klip video “Promo SMS Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam”. Ini diikuti dengan acara penghantaran sumbangan melalui SMS beramai-ramai oleh para hadirin. Majlis Pelancaran berlangsung di Dewan Multaqa, Lantai Bawah Bangunan Tambahan Baru, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Attachments