Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PERHIMPUNAN KHAS WANITA SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM BAGI TAHUN 1439 HIJRAH

Berakas, Khamis, 07h. Disember 2017M–Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi tahun 1439 Hijrah. Majlis berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berserta Kerabat Diraja dijunjung oleh Penasihat-Penasihat Bersama, Pengerusi-Pengerusi Bersama dan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerja Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Tahun 1439 Hijrah dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, dan Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam.

Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.

Turut sama menjunjung Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1439 Hijrah, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua) dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1439 Hijrah.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Dayang Hajah Aminah binti Haji Siling, Qari‘ah Pertama mewakili Negara Brunei Darussalam ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur Malaysia Tahun 1965.

Ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan ialah ayat 7 hingga 11 dari Surah Al-Maidah.

Ini diikuti dengan sembah alu-aluan oleh Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kerja Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Peringkat Negara Tahun 1439 Hijrah, Dayang Hajijah binti Haji Moktal, Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Seterusnya majlis menyaksikan Persembahan Kesimpulan Makna Ayat secara Berdialog oleh penuntut-penuntut Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Katok yangmana persembahan tersebut menghuraikan makna ayat 1 hingga 11 dari Surah Al-Maidah melalui dialog dan lakonan situasi kehidupan kontemporari.

Majlis diteruskan dengan Ceramah Khas mengenai tema Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam pada tahun ini iaitu “Rasulullah Qudwah Pemimpin Adil’’ yang akan disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Zunainah binti Haji Gunong, Pegawai Ugama Kanan, Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Kemudian diikuti dengan persembahan Dikir Marhaban oleh Gabungan Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama; Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Wanita, Negara Brunei Darussalam.

Bagi memberkati majlis doa selamat dibacakan oleh Yang Mulia Datin Hajah Maznah binti Haji Mohammed.

Attachments