Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

Manage PermissionsManage Permissions

PEMBAYARAN PAKEJ HAJI BAGI BAKAL-BAKAL JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSLAM BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1440H /2019M

Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama sukacita memaklumkan bahawa pembayaran pakej haji bagi musim haji tahun 1440 Hijrah / 2019 Masihi akan bermula pada Hari Isnin, 25 Rejab 1440 Hijrah bersamaan 01 April 2019 Masihi sehingga Hari Jumaat, 20 Sya’ban 1440 Hijrah bersamaan 26 April 2019 Masihi.

Sehubungan dengan itu, bakal-bakal jemaah haji yang terpilih untuk menunaikan ibadat haji bagi musim haji tahun 1440 Hijrah / 2019 Masihi adalah dikehendaki untuk membuat pembayaran pakej haji kepada Syarikat-Syarikat Pengendali Perkhidmatan Pakej Haji dan Umrah yang dibenarkan pada tarikh yang telah ditetapkan.

Nama-nama bakal jemaah haji yang membuat pembayaran pakej haji akan dihadapkan ke Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melalui sistem pendaftaran haji e-hajj Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi urusan-urusan pengeluaran visa sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. Kegagalan bakal jemaah haji berbuat demikian akan menjejaskan proses pengeluaran visa haji.

Bakal-bakal jemaah haji bolehlah berhubung terus kepada Syarikat Darussalam Holdings Sendirian Berhad, Straits Central Agencies Sendirian Berhad, Continental Yachting Sendirian Berhad, Raudah Al Amin Sendirian Berhad, At-Taqwa Travel Tours Sendirian Berhad, Titian Travel & Tours Sendirian Berhad dan Dar El-Ehsan Travel Sendirian Berhad untuk sebarang maklumat lanjut mengenai jadual pembayaran tersebut.

Untuk makluman lanjut sila layari laman sesawang www.juh.gov.bn.

Attachments