Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

Manage PermissionsManage Permissions

UJIAN LEMBAGA TASMIE’ MENGHAFAZ AL-QURAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI KALI KEDUA TAHUN 1440 HIJRAH/2019 MASIHI

Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Urusetia Lembaga Tasmie’ Menghafaz Al-Quran akan mengadakan Ujian Tasmie’ Menghafaz Al-Quran Kali Kedua Tahun 1440/2019M bermula pada bulan Julai 2019 yang dibukakan untuk Warganegara dan Penduduk Tetap sahaja.

Borang Permohonan boleh didapati di Pejabat Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS yang beralamat di Blok 2H, Tingkat 8, Bangunan Kondominium Ong Sum Ping (Bangunan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Perempuan), Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan BA1311, Negara Brunei Darussalam.

Tarikh mula pengambilan Borang Ujian Tasmie’ pada hari Isnin, 26 Syawal  1440H bersamaan 01 Julai 2019M.

Tarikh Tutup Permohonan dan Penghantaran Borang adalah pada hari Sabtu, 10 Zulkaedah 1440H bersamaan 13 Julai 2019M.

Pengambilan dan Penghantaran Borang adalah pada jam 8.30 pagi hingga 11.45 pagi dan jam 2.00 hingga 3.30 petang sahaja.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi Pusat Pengajian Dan Penyebaran Al-Quran MABIMS di talian 2237512 / 2233364

Attachments