Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

Manage PermissionsManage Permissions

UJIBAKAT PELAKON DRAMA BERBAHASA ARAB ‘FATIHAH 2’

​​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Kementerian Hal Ehwal Ugama menerusi Bahagian Perhubungan Awam dan Unit Program Ta’zeez Al-Lughah Al-‘Arabiah Bil Madaris Al-‘Arabiah (Unit Program Pemerkasaan Bahasa Arab di Sekolah-Sekolah Arab) akan mengadakan ujibakat terbuka mencari pelakon untuk drama televisyen berbahasa Arab bertajuk ‘Fatihah 2’, yang akan ditayangkan di saluran-saluran Radio Televisyen Brunei.

Kriteria-kriteria pemilihan pelakon ialah:
-Lelaki dan perempuan
-Berumur antara 18 hingga 25 tahun
-Mampu dan berkebolehan bertutur dalam Bahasa Arab
-Berperwatakan menarik

Mereka yang berminat bolehlah mendaftar melalui pautan www.tiny.cc/fatihah2 tidak lewat hari Sabtu, 12 Jamadilakhir 1443H bersamaan 15 Januari 2022M.

UJIBAKAT PELAKON DRAMA BERBAHASA ARAB ‘FATIHAH 2’

Attachments