Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Perhubungan Awam

MISI
Beriltizam ke arah membarigakan dan menyalurkan maklumat terkini dengan telus dalam menjaga, meningkatkan dan mempertahankan imej Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

SEJARAH PENUBUHAN
Bahagian Perhubungan Awam adalah satu Bahagian di bawah Pejabat Setiausaha Tetap yang ditubuhkan pada 19 Safar 1434 bersamaan 02 Januari 2013. Objektif penubuhan Bahagian ini adalah untuk menangani perkara berhubung dengan perhubungan awam, serantau dan dua hala khususnya yang berkaitan langsung dengan peranan, tugas dan tanggungjawab Kementerian ini dan jabatan-jabatan di bawahnya.

FUNGSI & PERANAN
Fungsi dan peranan Bahagian Perhubungan Awam adalah
  • Meningkatkan imej baik dan sifat pemedulian Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan meningkatkan layanan dan pemedulian Kementerian Hal Ehwal Ugama dan jabatan-jabatan di bawahnya terhadap permasalahan dan rungutan orang ramai dengan menjadikan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan jabatan-jabatan di bawahnya telus dari segi dasar, fungsi, matlamat dan mempastikan segala akta serta peraturan-peraturan yang digubal diketahui oleh orang ramai.
  • Menjaga, meningkatkan dan mempertahankan imej organisasi, di samping menyalur maklumat terkini dengan jelas dan tepat kepada orang awam termasuk pihak media.
  • Mempastikan layanan dan respon diberikan secara tepat, jelas dan teratur ke atas perkara-perkara yang dibangkitkan dan menjadi isu di dalam media yang melibatkan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan jabatan-jabatan di bawahnya.
  • Meneliti siaran-siaran media tempatan dan luar negara yang berkaitan dengan ugama dan pentadbiran Kementerian Hal Ehwal Ugama dan jabatan-jabatan di bawahnya serta aduan-aduan orang ramai dengan mengambil tindakan-tindakan sewajarnya yang telah, sedang dan akan di ambil oleh Kementerian.
  • Mengenengahkan dan membincangkan isu-isu permasalahan dan aduan orang ramai yang diterima melalui kegiatan-kegiatan interpersonal Jawatankuasa Perhubungan Awam Peringkat Kementerian dan di luar Kementerian.
  • Mempastikan penggunaan media-media kerajaan dan swasta secara meluas oleh Kementerian dan Jabatan bagi menyebarluaskan penyampaian maklumat mengenai Kementerian Hal Ehwal Ugama dan jabatan-jabatan di bawahnya kepada orang ramai.
  • Menyelaras kunjungan hormat, lawatan-lawatan dalam dan luar negara ke Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan mendapatkan maklumat-maklumat lanjut daripada pihak pelawat, menyediakan minit sokongan kepada Setiausaha Tetap dan mengadakan mesyuarat penyelarasan dan persediaan dengan jabatan atau bahagian yang berkaitan. Di samping itu, menyelaras dan menyediakan keperluan-keperluan lawatan seperti logistik, aturcara, cenderamata dan lain-lain.