Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait

 

MISI

Mendokong misi Kementerian Hal Ehwal Ugama ke arah menjadikan Islam sebagai cara hidup yang lengkap dan sempurna bagi mencapai بلدة طيبة ورب غفور “Baldatun Taiyibah Wa Rabbun Ghafur”

 
FUNGSI & PERANAN

  • Penggerak utama untuk bekerjasama dengan Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan serta orang ramai.
  • Nadi kekuatan hubungan dengan Pegawai dan Kakitangan Pejabat seperti kebenaran bercuti, kebenaran keluar negeri, memohon perumahan dan sebagainya bagi semua bahagian-bahagian.
  • Mengawasi keperluan pejabat, kenderaan, kerosakan dan pemeliharaan bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama Cawangan Belait.
  • Mengendalikan urusan kewangan seperti penyediaan paysheet gaji hari, elaun-elaun dan sebagainya.
  • Bertanggungjawab bagi permohonan peruntukan belanjawan tahunan.
  • Mengadakan muzakarah dengan Ketua-Ketua Bahagian.
  • Menyediakan Laporan dan Rancangan Tahunan.
  • Membuat laporan bulanan kepada Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama mengenai setiap perkembangan yang berlaku terutamanya dalam soal Ugama. Mengendalikan acara-acara atau aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian/Pejabat seperti dalam sosial, kemasyarakatan, kebajikan atau sukan.
  • Memproses sokongan bagi permohonan jawatan kosong ke Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
  • Mempertimbangkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran / pandangan mengenai perkara-perkara yang berhubungkait dengan aktiviti Bahagian di Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait yang dihadapkan kepada Ketua Pegawai Ugama Daerah.
  • Memproses permohonan Perumahan dibawah Jawatankuasa Penimbang Bantuan Perumahan Dibawah Kawalan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait ( Khas bagi Janda / Balu ).
  • Menentukan tenaga pengkursus penggapai.
  • Membantu Jabatan Urusan Haji dalam Hal Ehwal Permohonan bakal-bakal haji bagi Daerah Belait.