Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Prosedur Memohon Sijil Halal


1.   BORANG PERMOHONAN
Setiap borang Permohonan Sijil Halal hendaklah disertakan bersama dokumen-dokumen seperti berikut:-
i. Salinan IC / Paspot Pemilik & Penyelia Makanan Halal
ii. 2 Keping Gambar Pemilik (Berukuran Paspot)
iii. 2 Keping Gambar Penyelia Makanan Halal (Berukuran Paspot, Kemas, Bertudung Bagi Perempuan)
iv. Sijil Kesihatan Penyelia Makanan (Surat Pengakuan Hospital Menjalani Pemeriksaan Kesihatan atau Surat Perjanjian Doktor)
v. Salinan Lesen Rampaian Syarikat
vi. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (16 & 17)
vii. Pelan Premis (Sketch)
viii. Peta Lokasi Tempat Perniagaan Sketch)
ix. Senarai Menu Makanan & Minuman
x. Senarai Bahan-Bahan Ramuan Yang Digunakan / Dihidangkan
xi. Lain-lain Salinan Dokuman Yang Berkenaan Seperti Hazard and Critical Control Point (HACCP), Good Manufacturing Practices (GMP), International Standard Organization (ISO), Good Hygiene Practices (GHP), Total Quality Management (TQM), Veterinary Health Mark (VHM), Veterinary Inspection Logo (LPV) dan seumpamanya.
xii. Salinan sebarang dokumen atau maklumat tambahan yang mungkin dikehendaki oleh Majlis Ugama Islam


2.   TEMPAT PERNIAGAAN
i. Tempat perniagaan hendaklah mengeluarkan produk halal sahaja.
ii. Sebarang makanan atau minuman yang tidak halal atau yang diragui kehalalannya tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam tempat perniagaan.
iii. Semua peralatan dan perkakas yang digunakan di tempat perniagaan hendaklah suci dan dibenarkan oleh Hukum Syara’.
iv. Kawasan tempat perniagaan hendaklah berpagar atau mengadakan mekanisma pengawalan bagi mencegah binatang dari memasuki atau berada di dalam dan berdekatan dengan tempat perniagaan.
v. Mana-mana kawasan, tempat, kenderaan, barang, atau peralatan yang berkaitan dengan penyediaan, penyimpanan dan pengangkutan, jika pernah bersentuh atau berdekatan dengan najis, hendaklah dibersihkan mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Piawai Brunei Darussalam PBD 24:2006 mengenai Halal Food.
vi. Tempat perniagaan dan Pekerja-Pekerja di dalamnya hendaklah mengikut Piawai Brunei Darussalam PBD 24:2006 mengenai Halal Food dan Guideline For Halal Ceritification (BCG Halal 1), mana-mana yang berkenaan.
vii. Tempat perniagaan hendaklah berjauhan dari sebarang ladang ternakan, tempat pelupusan sampah atau loji kumbahan najis.


3.   PENYELIA MAKANAN HALAL
i. Pemilik hendaklah memastikan Tempat perniagaan itu mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) orang Penyelia Makanan Halal yang telah diperakui oleh Majlis Ugama Islam.
ii. “Penyelia Makanan Halal” bermakna seorang pekerja berugama Islam yang –
a)     Mempunyai pengetahuan mengenai perkara-perkara halal haram yang berkaitan dengan makanan; dan
b)     Bertanggungjawab mengawal kehalalan –
•        Produk makanan; dan
•        Hal-hal penyediaan dan pengendalian bahan-bahan yang dimasak termasuk alat, perkakas atau sebagainya yang digunakan, di tempat perniagaan itu.
iii. Penyelia Makanan Halal hendaklah bertugas di tempat perniagaan yang dipohonkan sahaja dan tidak boleh ditugaskan di cawangan yang lain kecuali dengan kebenaran.
 

4.   PRODUK
i. Semua bahan dan ramuan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk hendaklah halal
ii. Tidak menerima kontrak luar untuk pemerosesan keculia bagi produk halal sahaja.
 

5.   AM
i. Keperluan dalam Piawai Brunei Darussalam PBD 24:2006 mengenai Halal Food dan Guideline For Halal Certification (BCG Halal 1), hendaklah dipenuhi.