Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksTimbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran Dan Kewangan)



Yang Mulia Awang Roslan bin Haji Taja'ah​

Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan)​




Yang Mulia Awang Roslan bin Haji Taja’ah lahir pada 04 Disember 1963 di Negara Brunei Darussalam.
Beliau mendapat Ijazah B.A (Hons) Public Policy and Public Administration, Universiti Brunei Darussalam. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Dyg Normah binti Ahmad dan dikurniakan lima orang cahayamata.

Pengalaman Bekerja:
Mula berkhidmat dalam kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai Pegawai Pentadbir, Pengarah Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan pada tahun 1989 – 1994, Pegawai  Pentadbir Tingkat Khas, Kementerian Perhubungan (1994 - 1997), Pegawai  Pentadbir Tingkat Khas, Jabatan Perkhidmatan Awam, (1997 – 1998), Pegawai Pentadbir Tingkat Khas, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (1998 – 2002), Pemangku Pengarah, JASTRE, Kementerian Pembangunan (2002 – 2004). Seterusnya menjadi Pemangku Pegawai Kanan di Jabatan Perdana Menteri (2004 - 2008), Pengarah, Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia, Kementerian Pertahanan (2008 – 2010). Pada 14 Julai 2010, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.  Pada 15 Januari 2015, beliau telah menjadi Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama hingga sekarang.

Pengurniaan:
Di sepanjang perkhidmatannya, Beliau telah dikurniakan pingat-pingat dan bintang-bintang kebesaran oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam iaitu: Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B) (2001), BIntang Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia (Darjah Ke Empat) (P.S.B) (2006), Bintang Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei (SMB) (2010) dan Bintang Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia (Darjah Ke Tiga) (SNB) (2015).