Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

SYARIKAT YANG DIBERIKAN KEBENARAN MENGENDALIKAN PERKHIDMATAN PAKEJ HAJI DAN UMRAH BAGI TAHUN 1443 HIJRAH -1445 HIJRAH

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Kementerian Hal Ehwal Ugama menerusi Jabatan Urusan Haji sukacita memaklumkan bahawa lapan (8) buah syarikat pelancongan telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Haji dan Umrah selama tiga (3) tahun bermula tahun 1443 Hijrah hingga tahun 1445 Hijrah. Syarikat-syarikat tersebut adalah sepertimana berikut:

1.Syarikat Darussalam Services Sdn Bhd

2.Syarikat Straits Central Agencies (B) Sdn Bhd

3.Syarikat Raudah Al-Amin Sdn Bhd

4.Syarikat Continental Yachting Sdn Bhd

5.Syarikat Dar El-Ehsan Travel & Tours Sdn Bhd

6.Syarikat Al-Hijrah Travel & Tours Sdn.Bhd

7.Syarikat Titian Travel & Tours Sdn Bhd

8.Syarikat At-Taqwa Travel Tours Sdn Bhd

Kebenaran ini adalah tertakluk kepada kebenaran keluar negeri dan kebenaran mengerjakan ibadat haji dan umrah yang ditetapkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah adalah dikehendaki untuk mengikuti pakej syarikat-syarikat yang disenaraikan di atas bagi memastikan urusan-urusan perjalanan Haji dan Umrah berjalan dengan lancar dan teratur.


Attachments
Created at 3/9/2023 10:29 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 3/9/2023 10:29 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK