Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

MAJLIS QIAMULLAIL RAMADHAN ANJURAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA BAGI TAHUN 1444H/2023M

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم


Bagi meraih ganjaran pahala pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan, marilah kita sama-sama mempertingkatkan ibadah dengan menyertai Qiamullail Ramadhan anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi Tahun 1444H/2023M.
Orang ramai adalah dijemput hadir bersama keluarga untuk menyertai Qiamullail Ramadhan bertempat di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong pada awal pagi hari Ahad, 25 Ramadhan 1444H bersamaan 16 April 2023Mmulai jam 2.30 pagi.
Antara pengisian utama Qiamullail Ramadhan ialah Sembahyang Sunat Tasbih berjemaah,  bacaan Wirid dan Doa Sembahyang Sunat Tasbih serta Doa Munajat dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Buku 'Panduan Melaksanakan Qiamullail' akan diberikan secara percuma kepada jemaah yang hadir.  Jamuan Sahur (packed food) juga akan disediakan.

 


Attachments
Created at 7/13/2023 10:53 AM by Praneeth kaushalya
Last modified at 7/13/2023 10:53 AM by Praneeth kaushalya