بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama akan mengadakan Kursus Asas Haji dan Umrah bagi Tahun 1445H/2023M. Kursus akan dikendalikan sebanyak 6 (enam) sesi di (8) lapan buah masjid yang terpilih di seluruh Negara bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi sebagaimana keterangan berikut:
Tarikh Kursus:
24hb September 2023M
01hb, 08hb, 15hb, 22hb, dan 29hb Oktober 2023M.
Tempat Kursus:
Daerah Brunei dan Muara:
•Masjid Mohammad Bolkiah, Kampong Serusop
•Masjid Sultan Sharif Ali, Kampong Sengkurong
•Masjid Hassanal Bolkiah, Kampong Perpindahan Mentiri, dan
•Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Kampong Rimba
Daerah Tutong:
•Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong
Daerah Belait:
•Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait
•Masjid Zainab, Lumut
Daerah Temburong:
•Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar Temburong.
Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dialu-alukan hadir untuk mengikuti Kursus tersebut pada tarikh-tarikh, masa dan tempat-tempat yang dinyatakan di atas.