Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH UGAMA (SSSRU) TAHUN 1443H/ 2022M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Bandar Seri Begawan, Rabu, 29 Sya'ban 1444H bersamaan 22 Mac 2023M–Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, selaku Urus Setia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei, telah mengeluarkan keputusan peperiksaan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU) bagi tahun 1443H / 2022M.

a.         Keterangan Pencapaian:

Daripada seramai 4,737 orang calon yang menduduki peperiksaan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU) tahun 1443H / 2022M, seramai 2,971 orang calon telah lulus dengan peratus pencapaian sebanyak 62.72%. Daripada jumlah calon yang lulus, seramai 2,498 calon (84.08%) memperoleh pangkat 1; 412 calon (13.87%) memperoleh pangkat 2; dan 61 calon (2.05%) memperoleh pangkat 3. Sementara itu, 19 daripada 146 buah sekolah / pusat peperiksaan yang mendaftar bagi peperiksaan ini iaitu 13.01% telah berjaya memperoleh pencapaian 100% lulus.

b.         Guru-guru Besar sekolah ugama yang berkenaan bolehlah mengambil keputusan dan slip pernyataan keputusan calon bagi sekolah masing-masing pada hari Khamis 30 Syaaban 1444H bersamaan 23 Mac 2023M atau hari Sabtu 03 Ramadan 1444H bersamaan 25 Mac 2023M (tertakluk kepada penglihatan anak bulan Ramadan) di pejabat Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam bertempat di Lantai Bawah, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis pada waktu pejabat dibuka.

c.        Calon-calon sekolah yang telah menduduki peperiksaan tersebut bolehlah mendapatkan slip pernyataan keputusan mereka di sekolah ugama masing-masing.

d.         Manakala bagi calon-calon persendirian bolehlah mendapatkan slip pernyataan keputusan mereka di pejabat Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam bertempat di Lantai Bawah, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis pada waktu pejabat dibuka. 

e.     Bagi calon-calon peperiksaan, ibu bapa / penjaga yang ingin mendaftar untuk mendapatkan keputusan peperiksaan melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS), bolehlah berbuat demikian melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit dengan menaip KHEU (jarak) REG (jarak) NOMBOR PUSAT PEPERIKSAAN (jarak) NOMBOR INDEKS CALON dan hantar ke 8885555 bagi pelanggan DST atau 38666 bagi pelanggan Progresif Sdn Bhd atau 39966 bagi pelanggan Imagine. Pendaftaran yang berjaya akan dimaklumkan kepada pelanggan melalui SMS tanpa sebarang kos kepada pelanggan.

f.         Keputusan peperiksaan SMS hanya akan dihantar kepada pelanggan yang mendaftar dengan dikenakan caj bayaran B$1.00 bagi setiap keputusan peperiksaan SMS yang diterima. Sehubungan dengan itu, dipohonkan kepada para pelanggan agar dapat memastikan telefon bimbit masing-masing mempunyai baki kredit yang mencukupi.


Attachments