Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

PENGURNIAAN TAMBANG MENUNAIKAN FARDHU HAJI BAGI TAHUN 1446 HIJRAH / 2025 MASIHI

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji memaklumkan kepada Pegawai dan Kakitangan Kerajaan sama ada yang sedang berkhidmat mahupun yang telah bersara bahawa permohonan Pengurniaan Tambang Menunaikan Fardhu Haji Bagi Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi telah mula dibukakan. 

Pegawai dan kakitangan yang berhasrat untuk mendapatkan borang permohonan Pengurniaan Tambang Menunaikan Fardhu Haji Bagi Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi bolehlah mengambil borang berkenaan pada hari-hari bekerja iaitu pada sebelah pagi dari jam 8.30 hingga 11.30 pagi dan sebelah petang dari jam 2.00 hingga 3.30 petang di alamat-alamat berikut: 

1.         Jabatan Urusan Haji, Tingkat 2, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis. 

2.         Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Daerah Tutong dan Daerah Temburong. 

Borang permohonan pengurniaan tambang tersebut juga boleh dimuat turun melalui laman sesawang Jabatan Urusan Haji www.juh.gov.bn 

Pegawai dan Kakitangan Kerajaan hendaklah menghadapkan borang permohonan Pengurniaan Tambang Menunaikan Fardhu Haji Bagi Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi kepada Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui ketua jabatan masing-masing. 

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Jabatan Urusan Haji tidak lewat pada hari Sabtu, 07 Jamadilawal 1446 bersamaan 09 November 2024.    

Bagi sebarang maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Unit Kurnia Tambang, Bahagian Pengurusan Haji, Jabatan Urusan Haji pada waktu bekerja di talian 2382525 samb. 283 dan 286.


Attachments