Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

BORANG PENYERTAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM PERINGKAT NEGARA TAHUN 1447 HIJRAH

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam peringkat Negara Tahun 1447 Hijrah  akan diadakan pada Hari Sabtu, 13 Rabiulawal 1447 bersamaan 06 September 2025 secara serentak di keempat-empat Daerah bermula pada pukul 7.00 pagi.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1447 Hijrah sukacita mempelawa penyertaan pasukan-pasukan dan orang ramai bagi bersama-sama ikut serta dalam sambutan itu nanti.

Bagi Daerah Brunei dan Muara, penyertaan adalah dibukakan kepada:

1.Kategori Kementerian-Kementerian

2.Kategori Institusi Pengajian Tinggi / Maktab / Sekolah Arab / Sekolah Menengah/ Swasta

3.Kategori Kampong dan Masjid

4.Kategori Persatuan dan Sektor Swasta

Borang-borang penyertaan bagi Daerah Brunei Muara telahpun dibukakan dan boleh diperolehi sekarang daripada Urus setia Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Peringkat Negara Tahun 1447 Hijrah, Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Tingkat 2, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, BB3910, Negara Brunei Darussalam.

Borang penyertaan bagi Daerah Brunei Muara yang telah lengkap diisikan hendaklah dihantar kepada pihak Urus setia beralamat di  Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Tingkat 2, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, BB3910, Negara Brunei Darussalam atau melalui faks:  2382351 atau e-mel: syiar.islam@mora.gov.bn. borang-borang penyertaan bagi Daerah Belait, Tutong dan Temburong bolehlah diperolehi di Pejabat Hal Ehwal Ugama daerah masing-masing dan dikembalikan ke pejabat yang sama.

Selain itu, borang penyertaan boleh diperolehi melalui laman sesawang www.kheu.gov.bn​

Tarikh tutup pendaftaran dan mengembalikan borang penyertaan ialah pada hari Khamis, 28 Ogos 2025 pukul 4.00 petang.

Bagi Daerah Brunei dan Muara Sebarang pertanyaan lanjut mengenainya bolehlah menghubungi di  talian 2382301 sambungan 234 & 237.

Daerah Belait: Awang Mohd Noorsuffian bin Haji Yahya, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, No telefon bimbit: 8874466.

Daerah Tutong: Dayang Noraini binti Haji Saniah, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong, No telefon bimbit : 8243010.

Daerah Temburong: Awang Haji Hazimin bin Haji Metali, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong, No telefon bimbit: 8851981.

Attachments