Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Ajaran-Ajaran Sesat Yang Telah Difatwakan

​1. Kumpulan Al-Arqam

1.1 Pengharaman pergerakan Kumpulan Al-Arqam di Negara Brunei Darussalam telah dibuat melalui fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz, bekas Mufti Kerajaan Brunei sepertimana berikut:-

i. Siri 43/88 bertarikh 28 Zulkaedah 1408 bersamaan 13 Julai 1988, Bil: (32) dlm.MKB/PS/5/1987.
ii. Siri 15/89 bertarikh 06 Syaaban 1409 bersamaan 14 Mac 1989, Bil: (22) dlm.MKB/JUB/6/1982.
iii. Siri 65/89 bertarikh 15 Rabiulakhir 1410 bersamaan 14 November 1989 Bil: (57) dlm.MKB/PS/5/1987.

 
1.2 Pengharaman Kumpulan Al-Arqam di Negara Brunei Darussalam telah dibuat oleh Pemangku Menteri Hal Ehwal Luar Negeri di bawah bab 9 (1) Akta Persekutuan-Persekutuan, Penggal 66 dan telah disiarkan dalam Warta Kerajaan bertarikh 11 Mac 1991. Pengharaman ini adalah bagi membolehkan tindakan-tindakan dibuat ke atasnya sebagai pertubuhan/persatuan. 

 
1.3 Cadangan pengharaman Kumpulan Al-Arqam di Negara Brunei Darussalam telah dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Undang-Undang Bagi Majlis Ugama Islam di bawah bab 42 (2) dari Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi, Penggal 77 Semakan 1984. Pengharaman ini adalah bagi membolehkan pengikut-pengikut Pergerakan Kumpulan Al-Arqam yang mengamalkan aqidah dan ajaran-ajaran kumpulan itu dapat dibicarakan atau disabitkan di Mahkamah-Mahkamah Syariah untuk tindakan mengenainya menurut undang-undang yang ada.
 

2. Ajaran Abdul Razak bin Haji Muhammad

2.1
  Pengharaman ke atas Ajaran Abdul Razak bin Haji Muhammad dibuat oleh Majlis Ugama Islam yang bersidang pada 10 Syaaban 1414 bersamaan 22 Januari 1994.
 
2.2   Pengharaman Ajaran Abdul Razak bin Haji Muhammad ini juga dibuat di bawah Akta Persatuan-Persatuan, Penggal 66 dan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan No: 144 bertarikh 25 Zulkaedah 1425 bersamaan 25 April 1995.

 
2.3   Pengharaman bagi segala buku-buku atau risalah-risalah Ajaran Abdul Razak bin Haji Muhammad dibuat di bawah Akta Terbitan-Terbitan Yang Terlarang Penggal 25 dan telah diwartakan No: 145 bertarikh 25 Zulkaedah 1415 bersamaan 25 April 1995.

 
2.4   Fatwa mengenai Ajaran Abdul Razak bin Haji Muhammad telah dikeluarkan menerusi Siri Fatwa 14/96, Bil: 4-1.2/1Ej (5) bertarikh 24 Syawal 1416 bersamaan 24 Syawal 1416 bersamaan 14 Mac 1996 yang difatwakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Brunei.

 
2.5  Jawatankuasa Undang-Undang Bagi Majlis Ugama Islam dalam mesyuaratnya yang berlangsung pada 15 Syaaban 1422 bersamaan 01 November 2001 telah mengeluarkan fatwa pengharaman ke atas Ajaran Abdul Razak bin Haji Muhammad di bawah bab 42 (2) Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77 dan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Bil: 18 bertarikh 24 Ogos 2002.
 

 
3.   Ajaran-Ajaran Salah Yang Bertentangan Dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal ma’ah Yang Diamalkan oleh Ahli-Ahli Pergerakan Yang Digelarkan Al-Ma’unah Di Negara Brunei Darussalam.
 
3.1  Majlis Ugama Islam, Negara Brunei Darussalam telah mengharamkan gerakan Ajaran-Ajaran Salah Yang Bertentangan Dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah Yang Diamalkan oleh Ahli-Ahli Pergerakan Yang Digelarkan Al-Ma’unah Di Negara Brunei Darussalam pada 10 Jamadilakhir 1421 bersamaan 09 September 2000.
 
3.2    Fatwa mengenai Ajaran-Ajaran Salah Yang Bertentangan Dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah Yang Diamalkan oleh Ahli-Ahli Pergerakan Yang Digelarkan Al-Ma’unah Di Negara Brunei Darussalam telah dikeluarkan melalui Siri Fatwa 07/2001, Bil: 2.2/1Rh(7) bertarikh 09 Safar 1422 bersamaan 03 Mei 2001 yang difatwakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Brunei.

 
3.3  Jawatankuasa Undang-Undang Bagi Majlis Ugama Islam dalam mesyuaratnya yang berlangsung pada 15 Syaaban 1422 bersamaan 31 November 2001 telah mengeluarkan fatwa pengharaman ke atas Ajaran-Ajaran Salah Yang Bertentangan Dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah Yang Diamalkan oleh Ahli-Ahli Pergerakan Yang Digelarkan Al-Ma’unah Di Negara Brunei Darussalam di bawah bab 42 (2) Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77 dan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Bil: 18 bertarikh 24 Ogos 2002.


 
4.   Ajaran Saihoni bin Tasipan
 
4.1 Majlis Ugama Islam, Negara Brunei Darussalam telah mengharamkan gerakan Ajaran Saihoni bin Tasipan pada 10 Jamadilakhir 1421 bersamaan 09 September 2000.
 
4.2 Fatwa mengenai Ajaran Saihoni bin Tasipan telah dikeluarkan melalui Siri Fatwa 49/2000, Bil: 14-2.2/1Rh(7) bertarikh 22 Ramadhan 1421 bersamaan 19 Disember 2000 yang difatwakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Brunei.

 
4.3 Jawatankuasa Undang-Undang Bagi Majlis Ugama Islam dalam mesyuaratnya yang berlangsung pada 15 Syaaban 1422 bersamaan 01 November 2001 telah mengeluarkan fatwa pengharaman ke atas Ajaran Saihoni bin Tasipan di bawah bab 42 (2) Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77 dan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Bil: 18 bertarikh 24 Ogos 2002.
 

5.  Pergerakan Free Masons Atau Masoniah dan Kelab-Kelab Cawangannya Seperti Kelab Rotary, Kelab Lions, Syuhud Yahuh Atau Yahova's Witness Dan Lain-Lain Seumpamanya dan Hukum Orang Islam Yang Bergabung Atau Menganggotai Kelab-Kelab Tersebut

5.1  Jawatankuasa Undang-Undang Bagi Majlis Ugama Islam dalam mesyuaratnya yang berlangsung pada 13 Rabiulawal 1406 bersamaan 26 November 1985 telah mengeluarkan fatwa mengenai Pergerakan Free Masons Atau Masoniah dan Kelab-Kelab Cawangannya Seperti Kelab Rotary, Kelab Lions, Syuhud Yahuh Atau Yahova's Witness Dan Lain-Lain Seumpamanya dan Hukum Orang Islam Yang Bergabung Atau Menganggotai Kelab-Kelab Tersebut di bawah bab 42 (2) Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77 dan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Bil: 20 bertarikh 26 September 1987.
 
5.2  Pengharaman Pergerakan Free Masons Atau Masoniah Dan Kelab-Kelab Cawangannya Seperti Kelab Rotary, Kelab Lions, Syuhud Yahuh Atau Yahova's Witness Dan Lain-Lain Seumpamanya Dan Hukum Orang Islam Yang Bergabung Atau Menganggotai Kelab-Kelab Tersebut telah dibuat oleh Jawatankuasa Bagi Undang-Undang Bagi Majlis Ugama Islam pada 13 Rabiulawal 1406 bersamaan 26 November 1985 di bawah bab 42 (2) Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77 dan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Bil: 20 bertarikh 26 September 1987.
 

6.   Ajaran Bahai’yyah Atau Babiyyah
 
6.1 Pengharaman pendaftaran Persatuan Agama Babiyyah atau Bahai’yyah di Negara Brunei Darussalam telah dibuat oleh Majlis Ugama Islam pada 12 Oktober 1971.
 
6.2 Fatwa Mufti Kerajaan Brunei telah memutuskan bahawa orang-orang yang berpegang dengan ajaran agama Bahai ini dihukumkan kufur dan murtad keluar dari ugama Islam dan tidak termasuk dalam bilangan orang Zimmi sebagaimana fatwa-fatwa yang difatwakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan Brunei, bilangan: (30)dalam MKB 3/1967 bertarikh 19 Jamadilakhir 1390 bersamaan 22 Ogos 1970 dan bilangan (36) dalam MKB 3/1967 bertarikh 11 Syaaban 1390 bersamaan 12 Oktober 1970.

 
6.3 Pengisytiharan pengharaman Persatuan Bahai di Brunei (The Spiritual Assembly of the Bahais of Brunei) juga telah dibuat oleh Menteri Besar di bawah Bab 9 (1), Penggal 66 dari Undang-Undang Persekutuan-Persekutuan Brunei pada 12 Februari 1979.

 
6.4 Disusuli dengan pewartaan dalam Warta Kerajaan Brunei oleh Pendaftar Persekutuan-Persekutuan Brunei Bil. 10 Naskhah XXIX, Sabtu 7 April 1979.
 

7.   Ajaran Qadiani (Ahmadiah)
 
7.1 Fatwa Mufti Kerajaan Brunei telah memutuskan bahawa orang-orang yang berpegang dengan ajaran agama Qadiani (Ahmadiah) ini dihukumkan kufur dan murtad keluar dari ugama Islam dan tidak termasuk dalam bilangan orang Zimmi sebagaimana yang difatwakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan Brunei, bilangan: (30) dalam MKB 3/1967 bertarikh 19 Jamadilakhir 1390 bersamaan 22 Ogos 1970.

 
8.   Tarikat Mufarridiyyah
 
8.1  Pengharaman Tarikat Mufarridiyyah telah dibuat melalui Fatwa Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan Brunei bilangan (39) tahun 1979.
 
8.2  Jawatankuasa Undang-Undang Bagi Majlis Ugama telah meneliti Fatwa Mufti Kerajaan mengenai cadangan pewartaan Fatwa Mufti Kerajaan mengenai Tarikat Mufaridiyyah di bawah bab 42 (2) dari Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi, Penggal 77 Semakan 1984.
 

9.   Ajaran Silat Lintau
 
9.1  Pengharaman Ajaran Silat Lintau telah dibuat melalui Fatwa Mufti Kerajaan bilangan: (163) dalam MKB/31/1967-pt2 bertarikh 27 Oktober 1980.
 

10.  Ajaran Haji Kahar Bin Ahmad
 
10.1 Pengharaman Ajaran Haji Kahar bin Ahmad telah dibuat melalui Fatwa Mufti Kerajaan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam, Siri Fatwa (01/2006) bilangan: 96-102/Ej (2) bertarikh 04 Zulhijjah 1426 bersamaan 04 Januari 2006.