Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Bahagian Perhubungan Awam Antarabangsa dan MABIMS

​MISI

PERHUBUNGAN AWAM
Mengeratkan dan mengekalkan hubungan antara Kementerian Hal Ehwal Ugama dan orang awam melalui persefahaman, penerimaan, kepercayaan dan kerjasama.

ANTARABANGSA DAN MABIMS
Memastikan perhubungan Antarabangsa yang mantap melalui pentadbiran dan perkhidmatan perhubungan yang cekap, efisyen dan berkesan dan memastikan kerjasama MABIMS dilaksanakan dengan strategik dan teratur.

MATLAMAT

PERHUBUNGAN AWAM
Menyalurkan maklumat yang telus dan tepat mengenai perkhidmatan Kementerian Hal Ehwal Ugama kepada orang awam secara efisyen dan berkesan.

ANTARABANGSA DAN MABIMS
-Menghubung Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan agensi-agensi luar.
-Menjana imej Kementerian Hal Ehwal Ugama terutama berkaitan dengan Perkhidmatan Ugama yang cekap.
-Menjadi Sekretariat MABIMS Brunei yang bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan Program-Program MABIMS.

FUNGSI DAN PERANAN UTAMA

PERHUBUNGAN AWAM

-Memberigakan maklumat mengenai perkhidmatan KHEU kepada orang awam.
-Mengatur liputan media untuk majlis dan acara KHEU.
-Memastikan media sosial rasmi KHEU dan jabatan-jabatan di bawahnya menepati dengan imej Kementerian dan Kerajaan.
-Memantau dan analisa aduan orang awam mengenai KHEU.
-Menyelaras hubungan dan kerjasama dengan media tempatan dan luar negara.

ANTARABANGSA

-Mengendalikan lawatan-lawatan rasmi ke Kementerian Hal Ehwal Ugama.
-Mengendalikan kunjungan hormat ke YB Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap.
-Berhubung dengan Kedutaan-Kedutaan dan agensi luar perihal perkhidmatan Ugama.
-Meneliti permohonan kerjasama, lawatan dan kunjungan daripada agensi luar negara ke Kementerian Hal Ehwal Ugama.
-Meneliti permohonan bantuan daripada agensi luar negara.
-Menguruskan pelayaran YB Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap.
-Meneliti laporan-laporan dan menyediakan pendirian negara untuk mesyuarat luar negara dan menyelaras status perlaksanan MOU.

MABIMS

-Sekretariat MABIMS Negara Brunei Darussalam.
-Memantau dan Menyelaras Rancangan Strategik MABIMS termasuk KPI dsb.
-Merancang dan merangka Program-Program di bawah MABIMS.
-Berhubung dengan SekretariatMABIMS bagi sebarang maklumat dan sebagainya.
-Meneliti dan menyokong penyertaan KHEU ke program MABIMS.
-Menyediakan laporandan apa jua dokumentasi bagi kegunaan Ketua SOM dan MABIMS.
-Sekretariat kepada rombongan Ketua SOM dan MABIMS di mesyuarat SOM MABIMS.