Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong

VISI

 
Mendukung misi Kementerian Hal Ehwal Ugama ke arah menjadikan Islam sebagai cara hidup yang lengkap dan sempurna bagi mencapai بلدة طيبة ورب غفور
" Baldatun toyyibatun warabbun ghafur" .

Maksudnya: " Negara yang aman, makmur dan mendapatkan keampunan Allah." (Surah Saba`: Ayat 15)
 
MISI
 
Mendukung Dan Menanai Kesucian Ugama Islam Supaya Dapat Dilaksanakan Dengan Sepenuhnya Dalam Pengurusan Dan Pentadbiran. 
 
 
SEJARAH PENUBUHAN
 

Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong telah ditubuhkan pada awal bulan Ogos 1958 yang dikenali pada masa itu sebagai Pejabat Kadi Daerah Tutong yang ditempatkan di dalam bangunan pejabat kerajaan Tutong. Kadi yang pertama ditugaskan ialah Awang Ishak bin Adam.(Allahyarham Dato Seri Setia Awang Haji Ishak bin Adam)

Pada 25 November 1971, bangunan baru Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong telah dirasmikan pembukaannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri  Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 

Pentadbiran Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong sejak ditubuhkan telah diketuai oleh Kadi Daerah sehinggalah pada 21 Mac 2001 iaitu setelah berkuatkuasanya Akta Mahkamah-Mahkamah Syariah Penggal 184 dimana jawatan kadi-kadi Daerah telah ditiadakan dan diganti dengan Hakim Mahkamah Rendah Syariah maka sejak dari itu Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong telah diketuai oleh Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong.

 

STRUKTUR ORGANISASI

 




KERAMAIAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN
 
Picture1.png