Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
SYARIKAT YANG DIBERIKAN KEBENARAN MENGENDALIKAN PERKHIDMATAN PAKEJ HAJI DAN UMRAH BAGI TAHUN 1443 HIJRAH - 1445 HIJRAH

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Isnin, 11 Rabiulawal 1443H bersamaan 18 Oktober 2021M-Kementerian Hal Ehwal Ugama menerusi Jabatan Urusan Haji sukacita memaklumkan bahawa enam (6) buah syarikat pelancongan telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Haji dan Umrah selama tiga (3) tahun bermula tahun 1443 Hijrah hingga 1445 Hijrah. Syarikat-syarikat tersebut adalah sepertimana berikut:

1.         Syarikat Darussalam Holdings Sdn.Bhd.

2.         Syarikat Straits Central Agencies Sdn.Bhd.

3.         Syarikat Raudah Al-Amin Sdn.Bhd.

4.         Syarikat Continental Yachting Sdn.Bhd.

5.         Syarikat Dar El-Ehsan Travel & Tours Sdn.Bhd.

6.         Syarikat Al-Hijrah Travel & Tours Sdn.Bhd.

Kebenaran ini adalah tertakluk kepada kebenaran keluar negeri dan kebenaran mengerjakan ibadat haji dan umrah yang ditetapkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah adalah dikehendaki untuk mengikuti pakej syarikat-syarikat yang disenaraikan di atas bagi memastikan urusan-urusan perjalanan Haji dan Umrah berjalan dengan lancar dan teratur.


Attachments
Created at 20/10/2021 8:54 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 20/10/2021 8:54 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK