Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Unit Perundangan Islam

​​UNIT PERUNDANGAN ISLAM


MISI:

Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan efisien dalam mensesuaikan undang-undang Negara mengikut kehendak Ugama Islam, menggubal undang-undang Syariah dan memberikan nasihat perundangan.


PETIKAN TITAH:

"…Apa yang perlu dibuat oleh Majlis Ugama Islam ialah untok melantek sabuah Jawatankuasa yang terdiri dari pegawai2 ugama dan peguam2 dari Jabatan Peguam Negara serta sa-orang dua yang mahir dengan 'adat resam dan kebudayaan Negeri Brunei. Pada masa ini terdapat ramai pegawai2 ugama yang terdiri dari anak2 tempatan yang telah lulus dari University Al-Azhar dalam bidang pengajian Ugama Islam dan mereka ini seharus-nya matang dalam bidang Undang2 Islam dan dapat memberi chadangan bagi meminda undang2 yang ada sekarang untok di-selaraskan dengan Undang2 Islam, sesuai dengan keadaan Negeri Brunei dan 'adat serta kebudayaan orang melayu Brunei yang telah kita warisi sejak berkurun2 lama-nya yang tidak berchanggah dengan kehendak2 Ugama Islam."

Petikan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam Warkah bil: HHPO 14/1965 bertarikh 05hb. Disember 1979.


KRONOLOGI PERKEMBANGAN UPI:

TarikhPerkara
21 Januari 1980
PENUBUHAN JAWATANKUASA MENSESUAIKAN UNDANG-UNDANG BRUNEI DENGAN KEHENDAK UGAMA ISLAM:

Majlis Ugama Islam Brunei [MUIB] telah menubuhkan Jawatankuasa undang-undang Brunei dengan kehendak Ugama Islam bagi mengkaji dan mensesuaikan undang-undang Brunei dengan kehendak Ugama Islam.
1988
PENUBUHAN UNIT UNDANG-UNDANG:

Pengerusi: Kadi Besar

Ahli-ahli:

1. Pakar Perundangan Islam
2. Wakil Peguam Negara
3. Pegawai Ugama (Setiausaha)

Bidang Tugas:

1. Menyemak dan meneliti undang-undang Brunei yang telah berkuatkuasa;

2. Mengenalpasti mana-mana peruntukan yang bercanggah dengan Hukum Syara';

3. Menjelaskan percanggahan tersebut;

4. Memberikan pandangan dan cadangan mengenai pindaan-pindaan yang diperlukan;

5. Menyediakan cadangan-cadangan deraf:
- Atas arahan, pendapat dan pandangan Majlis  Ugama Islam; atau
- Atas daya inisiatif Unit ini sendiri.
7 Januari 1995
PENUBUHAN JAWATANKUASA PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM:

- ​Tujuan: Ke arah perlaksanaan penggubalan Undang-Undang Keluarga Islam yang lebih kemas, teratur dan lengkap serta mempunyai kuasa undang-undang, Majlis telah memutuskan supaya ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Penggubal yang dinamakan "Jawatankuasa Penggubalan Undang-Undang Keluarga Islam". Jawatankuasa ini ditubuhkan pada 05 Syaaban 1415H bersamaan 7 Januari 1995.

 

- Disebabkan fungsi dan peranan Jawatankuasa ini diluaskan (bukan sahaja penggubalan undang-undang keluarga Islam) malahan juga undang-undang lain yang akan ditadbir oleh Mahkamah Syariah maka nama Jawatankuasa ini diubah kepada "Jawatankuasa Penggubalan Undang-Undang Islam".

1 Januari 1997
UNIT UNDANG-UNDANG DINAIKKAN TARAF SEBAGAI SEBUAH JABATAN PENUH DIKENALI SEBAGAI UNIT PERUNDANGAN ISLAM:

​Urusetia kepada:

- Jawatankuasa Mensesuaikan Undang-Undang Brunei dengan Kehendak Ugama Islam dan Jawatankuasa Penggubalan Undang-undang Islam.

- Jawatankuasa Penggubalan Undang-Undang Islam.

- Jawatankuasa ad hoc yang ditubuhkan oleh Majlis Ugama Islam.



UPI_CHART.jpg