Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPengenalan

VISI
Memperkasa kerasmian dan amalan ugama Islam sebagai cara hidup yang lengkap dan sempurna bagi mencapai Negara Zikir dan  بلدة طيبة ورب غفور (Negara yang aman ma'mur dan Tuhan Yang Maha Pengampun).


MISI

Mendukung dan memelihara ugama Islam dan kerasmiannya serta memperkembangkannya melalui dasar-dasar dan pentadbiran yang berkesan dan dinamik bagi pembangunan dan kesejahteraan negara berdasarkan hukum Syara', Perlembagaan, Undang-Undang dan Falsafah Negara Melayu Islam Beraja.


Semenjak tahun 1959, Jabatan Hal Ehwal Ugama dibangun sebagai Institusi Ugama yang bertindak melindungi ugama Islam dan bertanggungjawab dalam semua hal yang berkaitan dengannya di samping berperanan merancang, melaksana, menilai program dan aktiviti demi kepentingan ugama Islam di negara ini.​​