Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
PENDAFTARAN KELAS AL-QURAN DAN MUQADDAM DI MASJID, SURAU DAN BALAI IDABAT SELURUH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI TAHUN 2018

Sukacita Jabatan Hal Ehwal Masjid Kementerian Hal Ehwal Ugama ingin memaklumkan kepada ibubapa atau penjaga kanak-kanak, bahawa pendaftaran untuk memasuki kelas Al-Quran dan Muqaddam (setiap hari Jumaat) di Masjid, Surau dan Balai Ibadat seluruh Negara bagi tahun 2018 Masihi telah bermula pada 2 Oktober 2017 hingga 30 Disember 2017.

Borang pendaftaran boleh diperolehi di Unit Kelas Al-Quran dan Muqaddam Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Simpang 15, Jalan Sumbiling Lama, Bandar Seri Begawan atau dari dari Masjis-Masjid, Surau serta Balai Ibadat seluruh Negara.

Borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dikembalikan tidak lewat 30 Disember 2017 kepada guru-guru penghubung di Masjid, Surau dan Balai Ibadat dimana anak-anak mereka akan mengikuti kelas tersebut.

Syarat penerimaan bagi kanak-kanak yang akan memasuki kelas tersebut di atas, hendaklah berumur 6 tahun pada 1 Januari 2018.

Sebarang pertanyaan mengenainya kelas tersebut, bolehlah berhubung terus dengan Awang Haji Azmi bin Haji Abidin, Ketua Unit Kelas Al-Quran Dan Muqaddam, Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Simpang 15, Jalan Sumbiling, Bandar Seri Begawan atau melalui talian 2223277 (waktu pejabat) atau di telefon bimbit 8766087.

Attachments
Created at 7/10/2017 10:28 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 2/1/2018 7:51 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK