Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
PENDAFTARAN HAJI BAGI MUSIM HAJI 1439H/2018M

Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam, sukacita ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Pendaftaran Haji Bagi Musim Haji 1439 Hijrah / 2018 Masihi, akan dibukakan bermula hari Isnin 24 Safar 1439H bersamaan 13 November 2017M. Manakala tarikh tutup pendaftaran pada Hari Selasa, 27 Jamadilawal 1439H bersamaan 13 Februari 2018M.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berhasrat untuk mendaftar, bolehlah mendapatkan Borang Pendaftaran Haji dengan harga $2.00 di pusat-pusat pendaftaran seperti berikut:

  1. Unit Pendaftaran, Bahagian Pengurusan Haji, Jabatan Urusan Haji, Tingkat 2, Bangunan Tambahan Baru, Jalan Menteri Besar, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
  2. Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Tutong dan Temburong.

[Dari Jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan jam 2.00 petang hingga 3.30 petang, pada hari-hari bekerja]

Attachments
Created at 11/11/2017 10:47 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 3/3/2018 4:10 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK