Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
PENGURNIAAN TAMBANG HAJI BAGI MENUNAIKAN FARDHU HAJI BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1439H

Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama, sukacita ingin memaklumkan kepada Pegawai dan Kakitangan Kerajaan samada yang sedang berkhidmat maupun yang telah bersara bahawa borang permohonan untuk mendapatkan pengurniaan tambang menunaikan fardhu haji bagi musim haji tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi telah mula diedarkan. Semua permohonan hendaklah sampai ke Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam tidak lewat dari 26 Rabiulakhir 1439 Hijrah bersamaan 13 Januari 2018 Masihi. Permohonan tersebut hendaklah dihadapkan ke Jabatan Urusan Haji melalui Ketua Jabatan masing-masing sebelum tarikh tersebut.

Oleh yang demikian pegawai dan kakitangan yang berhasrat untuk mendapatkan borang pengurniaan tambang tersebut bolehlah mengambil borang berkenaan di alamat seperti berikut:-

  1. Unit Kurnia Tambang, Bahagian Pengurusan Haji, Jabatan Urusan Haji, Tingkat 2, Bangunan Tambahan Baru, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Negara Brunei Darusalam.
  2. Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Tutong dan Temburong.
Attachments
Created at 23/11/2017 8:34 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 16/1/2018 8:28 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK