Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYAMPAIAN AGIHAN ZAKAT KEPADA MANGSA-MANGSA DAN RUMAH ROBOH

BERAKAS, Rabu,10 Julai 2019,-Dalam usaha meringankan bebanan mangsa-mangsa rumah roboh baru-baru ini, Majlis Ugama Islam telah menyerahkan Agihan Wang Zakat kepada mangsa-mangsa rumah roboh yang berlaku di Kampong Lurong Dalam.

Majlis penyerahan diadakan pagi tadi bertempat di Kementerian Hal Ehwal Ugama. Wang Agihan Zakat disampaikan oleh Yang Mulia, Awang Haji Abdul Aziz bin Hj Akop, Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam, Negara Brunei Darussalam.

Di majlis tersebut, Agihan Zakat dalam bentuk kewangan berjumlah $2,200.00 diserahkan kepada mangsa-mangsa rumah iaitu pemilik rumah Awang Nor Rysma bin Md Idris menerima sebanyak $200.00 sahaja. Manakala Dayang Hjh Suzana binti Hj Suana, isteri pemilik rumah dan empat orang anak-anak menerima sebanyak $1,000.00 iaitu $200.00 setiap seorang beserta peralatan sekolah.


Di majlis tersebut Awang Md Azerman bin Awang Nor Rysma juga menerima sebanyak $200.00 sahaja dan Awang Md Azme bin Awang Nor Rysma dan isteri serta dua orang anaknya menerima sebanyak $800.00 iaitu $200.00 setiap seorang beserta peralatan sekolah.

Kesemua wang tunai yang berjumlah $2,200.00 (Dua Ribu Dua Ratus Ringgit Sahaja) dan peralatan sekolah ini di ambil dari peruntukan Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin.

Adalah diharapkan semoga dengan adanya agihan zakat ini akan dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh mangsa dan dengan harapan semoga mereka lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada dalam menjaga keselamatan ahli keluarga daripada ditimpa musibah sebegini.


Attachments