Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

KURSUS “DIGITAL FORENSICS TRAINING”

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Bandar Seri Begawan, Rabu, 24 Safar 1444H bersamaan 21 September 2022M-Selaras dengan perkembangan semasa dalam pengendalian kes-kes jenayah Syariah yang turut melibatkan keterangan berbentuk digital, Bahagian Pendakwaan Syar’ie, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengungkayahkan beberapa siri latihan dalam usaha mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai pendakwaan Syar’ie dalam bidang tersebut. Antara latihan yang diadakan ialah kursus “Digital Forensics Training” yang telah berlangsung selama tiga hari bermula dari 19 September 2022.

Sepanjang latihan tersebut diadakan, para peserta yang terdiri daripada Pemangku Ketua Pendakwa Syar’ie, Pendakwa-Pendakwa Syar’ie dan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama telah berpeluang untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai forensik digital. Para peserta juga telah diberi kesempatan untuk melawat Makmal Forensik Digital Kebangsaan (NDFL) yang berkebolehan dalam memudahcara segala bentuk penyiasatan forensik digital, sekaligus membolehkan kerjasama dalam penyiasatan, perkongsian pengetahuan, latihan profesional, dan penyediaan kemudahan makmal digital.

Latihan ini telah berjaya diadakan dengan kerjasama Cyber Security Brunei (CSB) selaku Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang beroperasi di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), dan berfungsi sebagai pentadbir yang memantau dan menyelaras usaha-usaha nasional dalam menangani ancaman-ancaman keselamatan siber dan jenayah siber. Latihan telah diadakan di pejabat CSB yang terletak di Jalan E-Kerajaan, Gadong.







Attachments