Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL BAGI KURSUS FIRE MARSHAL DAN PERTOLONGAN CEMAS CPR & AED KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

Bandar Seri Begawan, Rabu, 06 Disember 2017M: Seramai 28 orang yang menyertai kursus Fire Marshal dan 35 orang telah menyertai kursus asas Pertolongan Cemas CPR & AED telah menerima sijil mereka pagi tadi bertempat di Dewan Multaqa, Lantai Bawah, Bangunan Tambahan Baru Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Negara Brunei Darussalam.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Roslan bin Haji Taja’ah, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Serudin bin Haji Timbang dan pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Terdahulu dalam  ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis, Yang  Mulia Awang Haji Jefri bin Haji Md Salleh, Ketua Unit Kesihatan, Keselamatan, Kawalan Keselamatan dan Alam Sekitar (HSSE),  Kementerian Hal Ehwal Ugama, memaklumkan bahawa seramai 28 orang telah menyertai kursus Fire Marshal yang diadakan pada 20-22 November 2017 dan seramai 35 orang lagi telah menyertai kursus asas Pertolongan Cemas CPR & AED.

Sejurus itu, Tetamu Kehormat majlis Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof menjelaskan bahawa Fire Marshal dan First Aider mempunyai peranan penting apabila ditakdirkan sesuatu kejadian kecemasan berlaku di Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Dengan adanya Fire Marshal dan First Aider yang terlatih, risiko kemalangan, kecederaan dan kehilangan nyawa mungkin dapat dikurangkan, disamping mengelakkan suasana panic dalam sesuatu kecemasan yang mana boleh mengakibatkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Kursus-kursus ini adalah langkah awal kearah mencapai hasrat untuk mempastikan setiap jabatan, bahagian, unit, sekolah, masjid, surau dan balai ibadat dibawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama mempunyai pegawai yang bertanggungjawab mengenai Kesihatan, Keselamatan, Kawalan Keselamatan dan Alam Sekitar (HSSE), berserta Fire Marshal dan First Aider yang terlatih.


Attachments