Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal
Ehwal Ugama, sukacita ingin memaklumkan kepada Pegawai dan Kakitangan Kerajaan
sama ada yang sedang berkhidmat mahupun yang telah bersara bahawa borang
permohonan untuk mendapatkan pengurniaan tambang menunaikan fardhu haji bagi
musim haji tahun 1442H/2021M telah mula diedarkan.
Oleh itu, semua permohonan untuk
mendapatkan pengurniaan tambang menunaikan fardhu haji bagi musim haji tahun
1442H/2021M hendaklah dikembalikan dan sampai ke Jabatan Urusan Haji, Kementerian
Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam tidak lewat pada hari Isnin, 06 Jamadilawal 1442H bersamaan 21 Disember
2020M. Permohonan tersebut hendaklah dihadapkan ke
Jabatan Urusan Haji melalui Ketua Jabatan masing-masing sebelum tarikh
tersebut.
Oleh yang demikian pegawai dan kakitangan
yang berhasrat untuk mendapatkan borang pengurniaan tambang tersebut bolehlah
mengambil borang berkenaan pada hari-hari bekerja, iaitu jam 8.00 pagi hingga
11.30 pagi dan sebelah petang jam 2.00 petang hingga 3.30 petang di alamat
seperti berikut:
1. Ruang Legar, Lantai Bawah, Bangunan
Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Negara Brunei
Darussalam.
2. Pejabat-Pejabat Hal Ehwal Ugama di
Daerah Belait, Tutong dan Temburong.
Sukacita juga dinasihatkan kepada orang
ramai yang hadir untuk mendapatkan borang permohonan kurnia tambang fardhu haji
supaya dapat mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan
iaitu dengan menggunakan aplikasi ‘BruHealth’ dan mengimbas kod QR sebelum
masuk ke tempat-tempat pengambilan borang, mengamalkan penjarakan sosial
(social distancing), memakai sungkup muka (face mask), hendaklah dalam keadaan
yang sihat, jika berada dalam keadaan kurang sihat adalah tidak digalakkan dan
sentiasa menjaga kebersihan dengan mencuci tangan atau menggunakan gel
pensanitasi tangan / ‘hand sanitizer’.
-TAMAT-
Disediakan oleh:
Jabatan Urusan Haji,
Kementerian Hal Ehwal Ugama
Talian: 2382525 ext 286
Rujukan: KHEU/BPA/PR/OKT/2020
Tarikh: 10hb Rabiulawal 1442H bersamaan
27hb Oktober 2020M