Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
KURSUS IBADAH HAJI BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1440H/2019M

Dengan hormat sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Bimbingan Haji dan Umrah akan mengadakan Kursus Ibadat Haji bagi Musim Haji Tahun 1440H/2019M pada setiap hari Jumaat dan Ahad sebanyak 12 sesi bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi secara serentak di keempat daerah bermula 01 Mac 2019M hingga 28 April 2019M di Pusat-Pusat Kursus masing-masing.

Tarikh-tarikh kursus Ibadat Haji tersebut ialah:

1hb, 3hb, 8hb, 10hb Mac 2019M,

5hb, 7hb, 12hb, 14hb, 19hb, 21hb, 26hb dan 28hb April 2019M

Manakala Pusat-Pusat Kursus Ibadat Haji ialah:-

Daerah Brunei dan Muara

  • Sekolah Ugama Lambak Kanan, Kampong Lambak Kanan.
  • Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam, Kampong Mulaut.
  • Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, Berakas.
  • Sekolah Ugama Sungai Besar, Kampong Sungai Besar.

    Daerah Belait ialah:-
  • Sekolah Ugama Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien, Kuala Belait.
  • Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Rashidah Saadatul Bolkiah, Pekan Seria.

    Derah Tutong
  • Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain, Daerah Tutong.

    Daerah Temburong
  • Sekolah Persediaan Arab Temburong, Daerah Temburong.

    Sehubungan dengan itu, semua bakal-bakal Jemaah haji yang terpilih untuk menunaikan Ibadat Haji Bagi Tahun 1440H/2019M adalah dikehendaki hadir untuk mengikuti kursus-kursus ibadat haji yang telah diaturkan di pusat-pusat kursus yang telah dipilih. 

 

Attachments
Created at 26/2/2019 10:48 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 26/2/2019 11:27 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK