Skip Ribbon Commands
Skip to main content

BahagianKemajuanSyiarIslam

​BAHAGIAN KEMAJUAN SYIAR ISLAM


MISI

Mengembangkan dan meningkatkan Syi'ar Islam di Negara Brunei Darussalam melalui Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara serta Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Dewasa dan menggiatkan acara-acara yang berbentuk keugamaan di peringkat Negara.


TUGAS-TUGAS UTAMA

Mengendalikan Majlis-Majlis Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan serta acara-acara atau aktiviti-aktiviti iringan bersempenakan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara.


SEJARAH PENUBUHAN

Tahun 1990 

Bahagian Kemajuan Syi’ar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama mula ditubuhkan dan dikenali sebagai Bahagian Tugas-Tugas Khas. Bahagian ini adalah dibawah Setiausaha Tetap dan berperanan sebagai sebuah Bahagian yang mempunya Misi dan Matlamat bagi membantu Setiausaha Tetap dalam hal ehwal khusus sebagaimana ia diwujudkan.


Tahun 2007 -

Lebih 10 tahun Bahagian Kemajuan Syi’ar Islam telah berperanan sebagai Urus Setia Majlis Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan sehingga sekarang yang dipimpin oleh seorang Ketua.


STRUKTUR ORGANISASI



ALAMAT DAN LOKASI

Tingkat 2, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Berakas, BB3910


Telefon : 2382525 sambungan 234
Email : syiar.islam@mora.gov.bn
Instagram : bksi.kheu



PAUTAN BERKAITAN

  • Borang Penyertaan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan​