Skip Ribbon Commands
Skip to main content

BPAAM

​BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM, ANTARABANGSA DAN MABIMS​


UNIT PERHUBUNGAN AWAM

MISI

Mengeratkan dan mengekalkan hubungan antara Kementerian Hal Ehwal Ugama dan orang awam melalui persefahaman, penerimaan, kepercayaan dan kerjasama.

MATLAMAT

Menyalurkan maklumat yang telus dan tepat mengenai perkhidmatan Kementerian Hal Ehwal Ugama kepada orang awam secara efisyen dan berkesan.


UNIT ANTARABANGSA DAN MABIMS

MISI

Memastikan perhubungan Antarabangsa yang mantap melalui pentadbiran dan perkhidmatan perhubungan yang cekap, efisyen dan berkesan dan memastikan kerjasama MABIMS dilaksanakan dengan strategik dan teratur.

MATLAMAT

-Menghubung Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan agensi-agensi luar.
-Menjana imej Kementerian Hal Ehwal Ugama terutama berkaitan dengan Perkhidmatan Ugama yang cekap.
-Menjadi Sekretariat MABIMS Brunei yang bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan Program-Program MABIMS.

UNIT SEKRETARIAT MABIMS

MABIMS atau nama penuhnya Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama; Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura adalah merupakan suatu bentuk kesepakatan serantau yang bergerak atas dasar kegamaan bagi menjada maslahat dan kepentingan umat Islam tanpa mencampuri hal-hal yang bersifat politik negara-negara anggota.

MABIMS mula ditubuhkan pada Hari Isnin, 5 Muharram 1410 bersamaan 7 Ogos 1989 dengan mengadakan pertemuan yang pertama di BAndar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

MISI

- Meningkatkan tahap kerjasama dalam membangun umat Islam di Negara Anggota MABIMS (dalaman) dari aspek-aspek daya tahan keagamaan dan mutu kehidupan beragama serta kesejahteraan sosio-ekonomi.

-Meningkatkan peranan MABIMS dalam program-program pembangunan dan kemanusiaan di luar rantau MABIMS (luaran) demi memperkukuh imej Islam yang positif di mata dunia.

HUBUNGI KAMI

Tingkat 1, Bangunan Lama, Kementerian Hal Ehwal Ugama 
Jalan Dewan Majlis, Berakas , BB3910

Tel: 2382525, 2382301,2382302

E-mel : bpa@mora.gov.bn 
             bam@mora.gov.bn

Diketuai oleh:

Yang Mulia Awang Haji Albi bin Haji Mohammad
Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Antarabangsa dan MABIMS

PAUTAN BERKAITAN