Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
PENDAFTARAN PEPERIKSAAN-PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN UGAMA BRUNEI (SPUB) DAN SIJIL TINGGI PELAJARAN UGAMA BRUNEI (STPUB) TAHUN 1440H / 2019M

Isnin, 04 Mac 2019 – Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama sukacita memaklumkan bahawa pendaftaran bagi peperiksaan-peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) dan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) tahun 1440H / 2019M akan dibuka mulai hari Selasa, 28 Jamadilakhir 1440H bersamaan 05 Mac 2019M hingga hari Sabtu, 14 Syaaban 1440H bersamaan dengan 20 April 2019M.

Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan kepada pengetua-pengetua sekolah menengah Arab dan Institut Tahfiz al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah serta calon-calon persendirian yang berkeinginan menduduki peperiksaan SPUB dan STPUB tahun 2019 supaya akan dapat mengambil BORANG-BORANG PENDAFTARAN di pejabat Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam bertempat di lantai bawah bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Menteri Besar, Berakas BB3910 semasa waktu pejabat.

 

Attachments
Created at 4/3/2019 4:11 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 6/7/2019 8:39 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK