Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
PROGRAM PENINGKATAN KESEDARAN MENGENAI HALAL

Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah akan mengadakan Program Peningkatan Kesedaran Mengenai Halal pada setiap bulan, tertakluk kepada perubahan dan ianya dibukakan kepada semua lapisan masyarakat termasuk peringkat institusi pengajian tinggi, agensi-agensi kerajaan mahupun syarikat-syarikat swasta.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berkeinginan untuk menyertai program ini boleh membuat pendaftaran secara atas talian (online) melalui pautan https://goo.gl/HCfK7M. Tempat duduk adalah terhad kepada 50 orang sahaja, dan walk-in adalah tidak dibenarkan.

Untuk makluman, pautan pendaftaran akan ditutup serta merta setelah kouta mencukupi.

Untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai program tersebut, sila ikuti akaun media social Bahagian Kawalan Makanan Halal di Facebook: Bahagian Kawalan Makanan Halal,JHES, KHEU dan Instagram: @halal.bn.

Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Kawalan Makanan Halal melalui talian 2242570 atau email: bkmh@mora.gov.bn.

Attachments
Created at 12/3/2019 9:32 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 12/3/2019 9:32 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK