Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
MUSABAQAH MEMBACA AL QURAN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT ZON/DAERAH/ MASJID BAGI TAHUN 1441H/2019M

Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, dengan kerjasama Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampong Jerudong, Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara, Tutong, Belait dan Temburong akan mengendalikan Musabaqah Membaca Al Quran Bahagian Dewasa, untuk pemilihan awal bagi mencari wakil Qari dan Qariah yang akan mewakili negara ke Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur, Malaysia.

Syarat kelayakan bagi menyertai musabaqah tersebut ialah:-

i.Hendaklah Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam (pemegang Kad Pengenalan warna kuning), beragama Islam, bermazhab Syafi’ee aliran Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

ii.Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih dari 40 tahun semasa mendaftar.

Pemilihan awal Peringkat Zon/Daerah/Masjid akan diadakan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian

Sehubungan dengan itu, borang-borang penyertaan mengenainya, telah diedarkan dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 14 September 2019, jam 4.00 petang. Borang tersebut bolehlah diperolehi daripada Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Masjid Omar Ali Saifuddien, Jame Asr Hassanil Bolkiah, Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara, Tutong, Belait dan Temburong.

Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar tidak lewat 14 September 2019, jam 4.00 petang.

Untuk  makluman lanjut,  bolehlah berhubung terus melalui 2223277 (waktu pejabat) atau:

i.Yang Mulia, Awang Haji Juflee bin Haji Mega, Ketua Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, No Hp: 8441567

ii.Yang Mulia, Awang Reza Masdi bin Haji Mamit, Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, No Hp: 8741725

iii.Yang Mulia, Awang Haji Abd Aziz bin Haji Mohd Yassin, Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara No Hp:8613968

iv.Yang Mulia, Awang Haji Masri bin Haji Mohamad, Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong No Hp:8864846

v.Yang Mulia, Awang Haji Haslan bin Haji Shahbudin, Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Belait No Hp:8925940

vi.Yang Mulia, Awang Elde bin Haji Suhaile, Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Temburong No Hp:8635478


Attachments
Created at 10/9/2019 3:48 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 16/9/2019 8:23 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK