Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
BORANG PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM PERINGKAT NEGARA BAGI TAHUN 1441H/2019M

Dengan hormat sukacita dimaklumkan bahawa Urusetia Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1441 Hijrah, Kementerian Hal Ehwal Ugama sedang dan akan membuat persiapan bagi mengadakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi tahun 1441 Hijrah di ke empat-empat daerah.

Acara kemuncak Perhimpunan dan Perarakan akan diadakan di Taman Haji Sir Muda 'Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan pada Hari Sabtu, 12 Rabiulawal 1441H bersamaan dengan 09hb. November 2019M.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1441 Hijrah sukacita mempelawa penyertaan pasukan-pasukan dan orang ramai bagi bersama-sama ikut serta dalam sambutan itu nanti.

Penyertaan adalah dibukakan kepada:

1.Kategori Sekolah Rendah/Ugama/Persediaan Arab/Swasta

2.Kategori Sekolah Menengah/Arab/Institusi Pengajian Tinggi/Maktab/Swasta

3.Kategori Kementerian dan Jabatan Kerajaan

4.Kategori Persatuan-Persatuan, NGO dan Sektor Swasta

5.Kategori Kampong dan Masjid

Borang-borang penyertaan bagi Daerah Brunei Muara telahpun dibukakan pada 28 September 2019 dan boleh diperolehi sekarang daripada Urusetia Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam Peringkat Negara Bagi Tahun 1441 Hijrah, Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Tingkat 2, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, BB3910, Negara Brunei Darussalam.

Borang penyertaan bagi Daerah Brunei Muara yang telah lengkap diisikan hendaklah di hantar kepada pihak Urusetia beralamat di  Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Tingkat 2, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, BB3910, Negara Brunei Darussalam atau melalui faks 2382351 atau email: syiar.islam@mora.gov.bn. Sementara itu, borang-borang penyertaan bagi Daerah Belait, Tutong dan Temburong bolehlah diperolehi di Pejabat Hal Ehwal Ugama daerah masing-masing dan dikembalikan ke pejabat yang sama.

Tarikh tutup pendaftaran dan mengembalikan borang penyertaan ialah pada hari Isnin, 21 Oktober 2019, jam 4.00 petang.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenainya bolehlah menghubungi Awang Muhd Mujeib bin Haji Musa atau Dayang Nurrasyidah binti Haji Abdul Halim ditalian 2382311/2382301 sambungan 231/232/234/237.

Attachments
Created at 1/10/2019 2:52 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 1/10/2019 2:55 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK