Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
BORANG PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN PENGURNIAAN TAMBANG MENUNAIKAN FARDHU HAJI BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1441 HIJRAH/2019 MASIHI

“Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama, sukacita ingin memaklumkan kepada Pegawai dan Kakitangan Kerajaan samada yang sedang berkhidmat maupun yang telah bersara bahawa borang permohonan untuk mendapatkan pengurniaan tambang menunaikan fardhu haji bagi musim haji tahun 1441 Hijrah/2020 Masihi telah mula diedarkan pada Hari Sabtu, 05 Rabiulawal 1441H bersamaan 02 November 2019M.

Oleh itu, semua permohonan untuk mendapatkan pengurniaan tambang menunaikan fardhu haji bagi musim haji tahun 1441 Hijrah/2020 Masihi hendaklah dikembalikan dan sampai ke Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam tidak lewat pada hari Khamis, 06 Jamadilawal 1441 Hijrah bersamaan 02 Januari 2020 Masihi. Permohonan tersebut hendaklah dihadapkan ke Jabatan Urusan Haji melalui Ketua Jabatan masing-masing sebelum tarikh tersebut.

Oleh yang demikian pegawai dan kakitangan yang berhasrat untuk mendapatkan borang pengurniaan tambang tersebut bolehlah mengambil borang berkenaan di alamat seperti berikut:

1. Ruang Legar, Lantai Bawah, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Negara Brunei Darussalam.

2. Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Tutong dan Temburong.”

Attachments
Created at 4/11/2019 8:24 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 4/11/2019 8:24 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK