Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Scrolling Announcements

Manage PermissionsManage Permissions
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN UGAMA BRUNEI (SPUB) TAHUN 1440H/2019M

Khamis, 26. Disember 2019M–Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Urus Setia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei telah mengeluarkan Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) tahun 1440H/2019M (bagi calon-calon Tahun 10/11) di sekolah-sekolah menengah Arab dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Pada tahun ini, daripada seramai 488 orang calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei, seramai 338 orang calon (69.26%) telah Berjaya memperoleh sekurang-kurangnya pangkat Jayyid (Kepujiaan) dalam semua mata pelajaran yang diduduki. Sementera itu, 463 orang calon (94.88%) telah memperoleh sejurang-kurangnya tiga (3) pangkat Jayyid (Kepujiaan) dalam mata-mata pelajaran yang diduduki, meningkat sebanyak 4.05% jika dibandingkan dengan pencapaian pada tahun 2018.

Calon-calon sekolah yang telah menduduki peperiksaan tersebut bolehlah mendapatkan slip keputusan mereka di sekolah masing-masing.

Sehubungan dengan itu, bagi calon-calon yang LULUS dalam peperiksaan ini dan berminat untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat pra-u di Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB), bolehlah mengambil Borang Pendaftaran/Kemasukan ke sekolah ini bermula pada hari Sabtu, 01 Jamadilawal 1441H bersamaan dengan 28 Disember 2019M, pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang di Sekolah Menegah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah, KM 2, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak HSaleha, BA2111, Negara Brunei Darussalam.

Tarikh Akhir bagi mengembalikan semula boring tersebut ke sekolah berkenaan ialah pada hari Sabtu, 08 Jamadilawal 1441H bersamaan dengan 04 Januari 2020M.

Attachments
Created at 28/12/2019 3:06 PM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK
Last modified at 15/1/2020 11:47 AM by DK UMMI YATUL RAZKAH BINTI PENGIRAN Hj ABDUL RAZAK